Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.kir] | کيکير

Definisi : sj alat drpd keluli yg bergerigi halus pd permukaannya atau tepinya dan digunakan utk mengikis (melicinkan, mengasah, memotong dsb) besi dll; ~ belah rotan kikir yg satu permukaannya melengkung atau berbentuk separuh silinder; ~ pari a) kikir yg dibuat drpd kulit pari; b) orang yg kedekut; ~ parut sj kikir yg tajam-tajam geriginya (utk mengikis kayu, kulit, dll); ~ pari belulang kering direndam tujuh hari tak basah prb a) orangyg degil atau kedekut; b) orang yg kuat (ber­kuasa) yg tidak boleh dipengapakan; berkikir 1. telah dikikis (dilicinkan) dgn kikir; 2. tidak licin (bkn kulit), berkerut-kerut, berkedut-kedut; mengikir melicinkan (mengikis dll) dgn kikir: ~ kepingan keluli; kikiran serbuk sesuatu yg dikikir, tahi kikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.kir] | کيکير

Definisi : terlalu berkira-kira atau berhati-hati membelanjakan wang, kedekut, lokek: ia tidak ~ menyumbangkan derma; kekikiran perihal (sifat) kikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.kir] | کيکير

Definisi : alat drpd keluli yg permukaannya atau tepinya bergerigi halus (biasanya digunakan utk melincinkan besi dll): ~ belah rotan; ~ pari. mengikir melicinkan atau mengikis besi dll dgn kikir. kikiran serbuk yg keluar apabila mengikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ki.kir] | کيکير

Definisi : terlalu hemat atau terlalu berkira-kira membelanjakan sesuatu; kedekut; bakhil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kikir

Peribahasa

Macam kikir besi.

Bermaksud :

Orang kaya yang bakhil.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUHAMMAD YUSUF AHMAD, DATO'

MUHAMMAD YUSUF AHMAD, Dato’ (1900-1980), pentadbir dan penulis. Dia lahir pada 17 September 1900di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Muhammad Yusuf ialah adik kepada Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). Dia mendapat pendidikan formal di Sekolah Melayu Batu Kikir dan Linggi (1907-1912). Kemudian dia menjadi guru pelatih dan seterusnya mengikuti kursus perguruan selama dua tahun di Maktab Perguruan Melayu Melaka (1914-1916). Dari tahun 1916 hingga tahun 1919, Muhammad Yusuf menyambung pelajarannya di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan menamatkan pengajiannya hingga Darjah Tujuh.

SASTERATokoh

Kembali ke atas