MUHAMMAD YUSUF AHMAD, DATO' | MUHAMMAD YUSUF AHMAD, Dato’ (1900-1980), pentadbir dan penulis. Dia lahir pada 17 September 1900di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Muhammad Yusuf ialah adik kepada Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). Dia mendapat pendidikan formal di Sekolah Melayu Batu Kikir dan Linggi (1907-1912). Kemudian dia menjadi guru pelatih dan seterusnya mengikuti kursus perguruan selama dua tahun di Maktab Perguruan Melayu Melaka (1914-1916). Dari tahun 1916 hingga tahun 1919, Muhammad Yusuf menyambung pelajarannya di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan menamatkan pengajiannya hingga Darjah Tujuh. | SASTERA | Tokoh |