KILANG PERAS TENAGA | Kilang peras tenaga ialah istilah yang digunakan untuk kilang-kilang yang mengupah golongan papa kedana. Kebanyakannya golongan wanita dan kanak-kanak yang bekerja bertungkus– lumus selama dua belas jam atau lebih sehari bagi mendapatkan makanan untuk meneruskan kehidupan. | UMUM | |
AKTA KILANG | Akta Kilang melindungi orang yang bekerja di kilang di Britain. Akta Kilang 1961 yang menggantikan akta kilang yang sebelumnya, meliputi semua keadaan kerja di kilang. Akta tersebut melarang kesesakan, menetapkan piawai kebersihan, dan memperuntukkan pengalihan udara dan cahaya yang mencukupi, dan suhu kerja 160º . | UMUM | |
METZ | Metz (pend. 114 232; pend. kaw. met. 190 000) ialah pusat pembuatan Perancis yang terletak lebih kurang 280 kilometer di bahagian timur laut Paris. Kota ini bertindak sebagai ibu kota jabatan Moselle. Kilang-kilang Metz menghasilkan senjata, muslin, topi, dan hosieri. | UMUM | |
KILANG | Kilang ialah bangunan atau sekumpulan bangunan tempat keluaran dibuat. Kilang berbeza-beza saiznya, daripada tempat simpan kereta di rumah hingga kepada bangunan yang meliputi seluruh blok bandar raya. | UMUM | |
KILANG SYILING DIRAJA AUSTRALIA | Kilang Syiling Diraja Australia yang terletak di Canberra, Australia, membuat duit syiling yang digunakan di Australia. Kilang tersebut ialah sebuah agensi Jabatan Perbendaharaan. | UMUM | |
KILANG SYILING | Kilang syiling ialah tempat membuat duit syiling. Di kebanyakan negara, hanya kerajaan yang boleh mengeluarkan duit syiling. Di United Kingdom, Royal Mint bertanggungjawab mereka dan menyediakan duit syiling, mohor, pingat, dan barang perhiasan rasmi. | UMUM | |
SUZHOU | Suzhou (pend. 673 308) ialah sebuah bandar purba di China, terkenal dengan terusan air, taman bunga dan bangunan pagoda. Suzhou juga dieja Su-Chou atau Soochow, terletak di dalam kawasan pertanian yang subur di wilayah Jiangsu, di antara Nanjing dan Shanghai. Lihat China (peta politik). Kilang-kilang di Suzhou mengeluarkan bahan kimia dan jentera. Pekerja kraf tangan mahir di Suzhou mengukir batu jed dan menenun sutera. | UMUM | |
RECIFE |
Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362) terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri Pernambuco Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362) terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri Pernambuco. Recife terletak di muara Sungai Capibaribe dan Sungai Beberibe, sebahagian di tanah besar dan sebahagian lagi di sebuah pulau di Lautan Atlantik (lihat Brazil [peta politik]). Kilang-kilang di Recife menghasilkan tekstil, tembikar, barangan kulit dan kertas, minyak sayur, dan alkohol. Sumber kekayaan utamanya datang daripada eksport pisang, kopi, kapas, kulit, dan gula. Recife mempunyai empat buah universiti. Orang Portugis menduduki wilayah Recife pada tahun 1535. Semasa serangan Belanda ke atas Brazil (1630–1654), Recife menjadi pusat operasi musuh. Recife menjadi sebuah bandar Brazil pada tahun 1710 dan bandar raya pada tahun 1823. | UMUM | |
AUSCHWITZ | Auschwitz ialah pusat buruh paksa dan penghapusan yang dilakukan oleh Nazi Jerman semasa Perang Dunia II (1939–1945). Lebih kurang satu juta orang mati di Auschwitz dari bulan September 1941 hingga bulan Januari 1945. Nazi menggunakan bilik gas dan cara lain untuk membunuh hampir kesemua mangsa. Manakala buruh paksa yang lain mati kerana kebuluran atau penyakit, dan sebahagian yang lain pula dipaksa berkerja di kilang-kilang berhampiran hingga mereka mati. Kebanyakan mangsa di Auschwitz ialah orang Yahudi. Nazi membunuh mereka sebagai sebahagian daripada rancangan mereka untuk membunuh semua orang Yahudi di Eropah. Auschwitz terletak di Poland, berhampiran sebuah tempat yang kini dikenali sebagai Oswiecim. Pusat ini terdiri daripada tiga buah kem tahanan, dibina antara tahun 1940 hingga tahun 1942. Kini, Auschwitz ialah sebuah muzium dan arkib yang dikekalkan oleh kerajaan Poland. | UMUM | |
SUVA | Suva (pend. 71 608), ibu negeri dan bandar terbesar di Fiji, sebuah negara yang terdiri daripada gugusan kepulauan berjumlah lebih 800 buah pulau di Lautan Pasifik Selatan. Bandar Suva terletak di bahagian tenggara pantai pulau Viti Levu, pulau terbesar di Fiji. Untuk lokasi, lihat Fiji (peta). Suva ialah pelabuhan utama dan pusat perdagangan terpenting Fiji. Kapal berlabuh di Suva mengambil muatan kelapa kering dan buah-buahan tropika. Kapal-kapal pelancongan juga singgah di pelabuhan ini. Kilang-kilang di Suva menapis gula, serta menghasilkan minyak kelapa, pakaian dan sabun. Muzium Fiji terletak di Taman Botani. University of the South Pacific juga terletak di Suva. Lihat juga Fiji (gambar). | UMUM | |