| NERNST, WALTHER HERMANN | Nernst, Walther Hermann (1864–1941), ahli kimia fizik Jerman, menerima Hadiah Nobel tahun 1920 dalam bidang kimia kerana formulanya hukum termodinamik ketiga (lihat Termodinamik ). Ukurannya tentang haba tentu bahan pada suhu rendah membuktikan bahawa hukum ini adalah sah. Nernst lahir di Briessen, Jerman. | UMUM | |
| GAY-LUSSAC, JOSEPH LOUIS | Ahli fizik dan kimia Perancis. | FIZIK | Tokoh |
| PEMINDAHAN JISIM | Operasi yang terdapat dalam setiap loji pemprosesan industri kimia, petrokimia, gas asli, petroleum, makanan, elektronik, dan biologi. Dalam industri tersebut, bahan mentah diproses secara kimia atau fizik untuk menghasilkan produk yang lebih berharga. Walaupun setiap industri melibatkan bahan mentah dan produk yang berbeza, ia menggunakan operasi pemprosesan tertentu yang mempunyai persamaan antara satu industri dengan industri yang lain. Pemisahan minyak mentah dengan menggunakan penyulingan, pemisahan pepejal daripada ampaian menggunakan penurasan, dan penyingkiran air melalui penyejatan merupakan contoh operasi unit yang digunakan dalam industri. Setiap operasi unit seperti penyulingan berbeza dari segi fizikal bagi industri petrokimia dan industri pemprosesan minyak sawit, tetapi direka bentuk berasaskan teknik dan prinsip yang sama. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
| DEBYE, PETER JOSEPH WILLIAM | Debye, Peter Joseph William (1884–1966) ialah ahli fizik dan ahli kimia Belanda. Dia menerima Hadiah Nobel bagi bidang kimia pada tahun 1936 bagi kajian sifat fizikal molekul. | UMUM | |
| PICCARD, JEAN FELIX | Jurutera penerbangan dan ahli kimia. | FIZIK | Tokoh |
| STRASSMANN, FRITZ | Strassmann, Fritz (1902–1980) ialah ahli kimia Jerman. Usahanya bersama Otto Hahn, ahli kimia Jerman, dan Lise Meitner, ahli fizik nuklear Austria, membawa kepada penemuan pembelahan nuklear (pemecahan nukleus atom). Pada tahun 1938, Strassmann dan Hahn mendapati bahawa pembedilan atom urnium dengan neutron menghasilkan unsur barium (lihat Barium). Meitner dan Frisch, ahli fizik Austria, Otto Frisch pada tahun 1939, menjelaskan bahawa neutron telah membelah nukleus uranium, menghasilkan nukleus barium dan unsur-unsur lain. | UMUM | |
| TIUB CROOKES | Tiub Crookes ialah sejenis tiub vakum. Sir William Crookes, ahli fizik dan ahli kimia Inggeris, mencipta tiub itu pada tahun 1870-an sebagai sebahagian daripada kajiannya tentang sinar katod. Usahanya membawa kepada penemuan bahawa sinar ini terdiri daripada aliran elektron. Tiub Crookes mempunyai elektrod di setiap hujung atau berhampiran dengannya, dan tekanan udara yang rendah di dalamnya. Apabila arus elektrik yang kuat mengalir dari katod (elektrod negatif) ke anod (elektrod positif), bara muncul di hujung tiub yang bertentangan dengan katod. Crookes membuat kesimpulan bahawa sinar yang tidak kelihatan daripada katod menyebabkan bara tersebut. Untuk mengkaji sinaran, Crookes meletakkan objek kecil dalam laluan sinar, di dalam tiub itu. | UMUM | |
| BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU | BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan agama. | BAHASA | Konsep |
| TERMODINAMIK | Termodinamik ialah kajian tentang pelbagai bentuk tenaga, seperti haba dan kerja, dan tentang penukaran tenaga daripada satu bentuk kepada satu bentuk lain. Jurutera, ahli kimia, dan ahli fizik menggunakan prinsip termodinamik untuk memahami kejadian dalam alam semula jadi dan dalam aktiviti seperti mereka bentuk mesin dan mengira kehilangan atau pertambahan tenaga dalam tindak balas kimia. | UMUM | |
| AVOGADRO, AMEDEO | Avogadro, Amedeo (1776–1856), ahli fizik Itali. Pada tahun 1811, dia mencadangkan hipotesisnya yang terkenal, kini dikenali sebagai hukum Avogadro. Hukum itu menyatakan semua gas yang berada pada suhu dan tekanan yang sama mempunyai isi padu yang sama dan mengandungi jumlah molekul yang sama. Hukum ini menolong mengatasi kelemahan yang terdapat di dalam teori atom John Dalton (lihat Dalton, John ). Avogadro juga membuat perbezaan antara atom dengan molekul, dan dapat membuat jadual yang tepat untuk berat atom (lihat Atom [berat atom ]). Pembetulan dan piawaian ke atas berat atom bermula pada tahun 1858 apabila Stanislao Cannizzaro, seorang ahli kimia Itali, mengingatkan ahli kimia lain tentang kerja Avogadro. Avogadro dilahirkan di Turin. Dia diberi gelaran Conte di Quaregna. Lihat juga Kimia (Perkembangan kimia fizikal). | UMUM | |