| OSMIUM | Osmium ialah unsur logam keras, simbol kimianya ialah Os. Beratnya dua kali berat plumbum, dan mempunyai ketumpatan 22.48 gram per sentimeter padu pada 20 ° C. Berat atomnya ialah 190.2 dan nombor atomnya ialah 76. Smithson Tennant, ahli kimia British, menemui osmium pada tahun 1804. | UMUM | |
| EMAS | Emas ialah unsur logam dengan simbol kimianya Au. Emas ialah salah satu logam yang pertama dikenali manusia. Pemilikan logam kuning terang yang menarik ini menjadi simbol kekayaan sejak beribu-ribu tahun dahulu. | UMUM | |
| AZURIT | Azurit ialah mineral yang mengandungi kuprum. Formula kimianya ialah Cu 3 (CO 3 ) 3 (OH) 2 . Ia dinamakan azurit kerana warnanya biru azure. Ia biasanya dijumpai bercampur dengan mineral kuprum hijau yang dikenali sebagai malakit . Walaupun ia mungkin merupakan bijih kuprum yang tidak penting di peringkat awal kerja melombong kuprum, azurit digunakan terutamanya dalam barang kemas. Pigmen biru azurit pernah digunakan dalam lukisan. Sumber utama hablur azurit ialah Tsumeb dan Namibia. tetapi, hablur azurit yang paling sempurna datang dari Chessy, Perancis. Lihat juga Mineral (gambar: Azurit). | UMUM | |
| AMERISIUM | Amerisium ialah unsur radioaktif tiruan. Simbol kimianya ialah Am dan nombor atomnya ialah 95. Amerisium mempunyai 12 isotop yang diketahui dan isotop yang paling stabil mempunyai nombor jisim 243 dan separuh hayat 7400 tahun. Hanya isotop ini dan isotop yang mempunyai nombor jisim 241 serta separuh hayat 432 tahun boleh dihasilkan dengan banyak. Pada 20°C, amerisium mempunyai ketumpatan 13.67 gram per sentimeter padu (lihat Ketumpatan ). Logam ini cair pada 1173°C. | UMUM | |
| MAGNESIUM | Magnesium ialah unsur kimia dengan simbol kimianya Mg. Ia merupakan logam berwarna putih perak yang terkenal kerana keringanannya. | UMUM | |
| KALKOSIT | Kalkosit ialah bijih penting bagi tembaga. Formula kimianya ialah Cu2S. Kalkosit berwarna kelabu plumbum berkilat yang bertukar menjadi hitam apabila terdedah kepada udara. | UMUM | |
| MAGNESIA | Magnesia, juga dikenali sebagai magnesium oksida (formula kimianya MgO), ialah bahan seperti tanah berwarna putih dan tidak mempunyai rasa. Ia digunakan sebagai antasid dan katartik yang ringan (ubat untuk mencuci usus). | UMUM | |
| NOBELIUM | Nobelium ialah unsur radioaktif yang dihasilkan secara artifisial. Simbol kimianya ialah No. Nombor atomnya ialah 102. Ia mempunyai 10 isotop yang diketahui. Isotop sesuatu unsur mempunyai bilangan neutron yang berbeza dalam atomnya dan dengan itu berat atomnya berbeza-beza. Isotop yang paling stabil mempunyai nombor jisim 259 dan separuh hayat 58 minit (lihat Sinaran ). Nobelium boleh dihasilkan hanya terlalu sedikit untuk ditimbang. | UMUM | |
| MENDELEVIUM | Mendelevium ialah unsur radioaktif yang dicipta secara artifisial. Simbol kimianya ialah Md, dan nombor atomnya ialah 101. Mendelevium mempunyai 13 isotop yang diketahui. Isotopnya yang paling stabil mempunyai nombor jisim 258 dan separuh hayat 58 hari. Isotop mendelevium yang paling berat mempunyai nombor jisim 260 dan separuh hayat 32 hari. | UMUM | |
| PRASEODIMIUM | Praseodimium adalah satu daripada unsur kimia nadir bumi. Simbol kimianya ialah Pr, nombor atomnya ialah 59, dan berat atomnya ialah 140.908. Pada 25 ° C, ketumpatannya ialah 6.475 gram per sentimeter padu (lihat Ketumpatan ). | UMUM | |