Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kim.pa.lan] | کيمڤلن

Definisi : 1. cantuman (sambungan) antara dua bahagian logam spt besi dll yg terbentuk secara mengimpalkannya; 2. hasil perbuatan mengimpal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kim.pa.lan] | کيمڤلن

Definisi : apa-apa yg telah dikimpal; hasil perbuatan mengimpal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kimpalan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROSZAK, THEODORE

Roszak, Theodore (1907–1981) ialah pengarca

Amerika. Roszak lebih terkenal dengan karya

kimpalan logam yang kelihatan ganas dan penuh

perasaan.

UMUM 
ASETILENA

Asetilena ialah gas yang tidak berwarna dan

mudah menyala, biasanya digunakan untuk

membuat kerja kimpalan dan untuk menghasilkan

sebatian kimia lain. Formula kimianya ialah C 2 H 2 .

Asetilena juga menjadi racun sekiranya terhidu.

Gas ini juga akan meletup apabila bercampur

dengan udara. Ahli kimia Inggeris, Edmund Davy,

mula mengeluarkan asetilena dalam tahun 1836.

Namun gas ini dilupakan hingga tahun 1860,

apabila ahli kimia Perancis, Marcelin Berthelot,

menemui satu cara untuk mensintesis gas ini

daripada karbon dan hidrogen, dengan

menggunakan arka elektrik.

UMUM 
ARGON

Argon, unsur kimia, ialah gas yang merupakan 0.94

peratus daripada atmosfera bumi. Kebanyakan

mentol lampu biasa diisi dengan argon dan sedikit

nitrogen. Argon juga digunakan sebagai gas

pelindung dalam kimpalan arka untuk melindungi

logam daripada oksigen di udara. Gas ini ditemui

pada tahun 1894 oleh Lord Rayleigh dan Sir William

Ramsay.

UMUM 

Kembali ke atas