Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kinabalu

Puisi
 

Kinabalu bertangga peti,
     Ambil gemala di mulut naga;
Kalau sudah paksa di hati,
     Mahal murah baik harga.


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOTA KINABALU

Kota Kinabalu (pend. 56 000), ibu negeri Sabah.

Ia merupakan salah sebuah bandar yang besar dan

terkenal di Borneo. Kota Kinabalu terletak dalam

Residensi Pantai Barat Sabah. Pada masa dahulu,

Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton. Pada

tahun 1967, bandar Jesselton ditukar nama kepada

Kota Kinabalu.

UMUM 
GUNUNG KINABALU

GUNUNG KINABALU, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Gunung ini terletak di banjaran Crocker pada garis lintang 6 34’ U dan garis bujur  116 33’ T lebih kurang 90 km dari Kota Kinabalu, Sabah. Ketinggiannya menjangkau hingga 4101 m dari paras laut. Pada tahun 1964, Taman Kinabalu ditubuhkan merangkumi kawasan gunung dan sekitarnya seluas 76 700 hektar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MOHAMMAD ADNAN ROBERT, TUN

Mohammad Adnan Robert, Tun (1917–

2003) ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang

keenam (1978–1986). Adnan lahir pada 10

September 1917 di Jesselton (kini Kota Kinabalu),

Sabah.

UMUM 
MOHAMED FUAD STEPHENS, TUN

Mohamed Fuad Stephens, Tun (1920–1976)

merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama

dari tahun 1963 hingga 1965. Dia lahir pada 14

September 1920 di Kudat, Sabah. Dia dan

keluarganya memeluk agama Islam pada tahun

1971. Nama sebenarnya ialah Donald Stephens. Dia

menerima pendidikan di

Keningau, Jesselton (kini

Kota Kinabalu) dan

Sandakan. Dia meninggal

dunia pada 6 Jun 1976

dalam nahas kapal

terbang di Kota Kinabalu,

Sabah.

UMUM 
RUNSAI

RUNSAI,  seni pentas suku kaum Bajau di daerah Papar, Kota Kinabalu, Tuaran dan Tempasuk di Sabah.  Seni pentas ini berupa berjual beli pantun secara berlagu antara pihak lelaki dengan pihak wanita, sambil bergerak dia tas pentas khas dengan memakai pakaian dan peralatan tradisional kaum Bajau.  Runsai atau berunsai sering dipersembahkan dalam majlis kesyukuran seperti baru mendapat anak yang dihajati, baru sembuh daripada sakit atau majlis pernikahan.

BUDAYAPerayaan/Upacara
BADAN BAHASA SABAH

BADAN BAHASA SABAH, persatuan penulis. Persatuan ini ditubuhkan pada 15 Mac 1970 di Tanung Aru, Kota Kinabalu, Sabah sebagai hasil percantuman antara Angkatan Persuratan Melayu Sabah (APMS) dengan Persatuan Penulis-penulis Sabah (PERPESA). Badan Bahasa Sabah ini juga dikenal dengan singkatan BAHASA.

SASTERAKonsep
SABAH

Sabah ialah negeri yang terletak di Malaysia

Timur. Sabah terletak di timur laut Kepulauan

Borneo, bersempadan dengan negeri Sarawak di

bahagian barat daya, Negara Brunei Darussalam di

bahagian timur laut, dan wilayah Kalimantan,

Indonesia di bahagian tenggara. Sabah dikelilingi

oleh Laut Sulawesi di bahagian tenggara, Laut Sulu

di timur laut dan Laut China Selatan di barat laut.

Sabah mempunyai keluasan 711 kilometer persegi

dan meliputi satu per sepuluh daripada

keseluruhan Kepulauan Borneo. Ibu negerinya

ialah Kota Kinabalu.

UMUM 
LAHAD DATU

LAHAD DATU, petempatan masyarakat keturunan Sabah. Dalam bahasa Bajau, ‘Lahad’ bererti  tempat dan ‘Datu’ pula merujuk pada penduduk berketurunan datu di Sabah. Lahad datu ialah salah satu daripada tiga daerah utama  dalam bahagian Tawau, Sabah. Dua daerah lain merujuk pada daerah Tawau dan Semporna. Lahad Datu terletak di bahagian timur negeri Sabah, iaitu di bahagian utara Teluk Darvel dengan keluasan kawasan 11 025 km persegi, dan lebih kurang 482 km jauhnya dari Kota Kinabalu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas