SYARIKAT PENERBANGAN | Syarikat penerbangan ialah sebuah organisasi yang mengendalikan pesawat udara yang membawa penumpang dan kargo. Anda boleh membeli tiket penerbangan, mengirim surat, bungkusan, atau kiriman dengan menggunakan kapal terbang milik syarikat penerbangan ke mana-mana tempat di dunia. | UMUM | |
AUTOGRAF | Autograf ialah apa saja yang ditulis tangan. Istilah ini selalunya merujuk kepada tandatangan seseorang. Walau bagaimanapun, autograf juga boleh jadi banyak contoh tulisan, seperti surat kiriman, dokumen, dan manuskrip. Istilah autograf berasal dari perkataan Yunani autos bermakna diri, dan graphein, bermakna menulis . | UMUM | |
BINGKISAN MELAYU | BINGKISAN MELAYU, buku yang mengandungi contoh-contoh surat kiriman dan jawapan dalam bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1952. Buku bertulisan Rumi ini asalnya diberi judul “Persuratan Melayu’’ dikarang oleh Mansor bin Sanusi. Penukaran judul buku ini dibuat kerana penulis merasakan bahawa judul asalnya tidak sesuai dengan isi kandungannya, tanpa membuat sebarang pindaan. Bingkisan Melayu diterbitkan oleh Sinaran Bros, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan dicetak oleh Syarikat Percetakan Qalam, Jalan Geylang, Singapura. Kata pengantar buku ini ditulis oleh S.M. Zainal Abidin B.A dan diulang cetak sebanyak tujuh kali. | BAHASA | Kitab |
SURAT-MENYURAT | Surat-menyurat ialah satu kaedah komunikasi bertulis. Orang menulis surat untuk urusan perniagaan dan untuk tujuan peribadi. Surat urus niaga umumnya lebih rasmi daripada surat peribadi. Surat urus niaga termasuk untuk tujuan memohon pekerjaan, surat bantahan, surat untuk jualan menjual barangan dan surat peringatan. Surat peribadi termasuk surat kiriman antara anggota keluarga atau sahabat, surat undangan, dan nota ucapan terima kasih. | UMUM | |