Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.sah] | قيصه

Definisi : hal, cerita, kejadian, riwayat: Daim menceritakan ~ pemergian Zaini itu kpd Zalizah; guru membincangkan ~ pembiakan nyamuk; ~ Sang Kancil menipu Maharaja Singa; ~ ibarat kisah yg watak-watak dan kejadian­-kejadian di dalamnya melambangkan atau meneladani sesuatu; berkisah menyampaikan sesuatu kisah: yg pandai bercerita dan mahir ~; mengisahkan menceritakan, meriwayat­kan: buku ini ~ pengembaraan dan penghidupan seorang yg masyhur; ia telah menulis sebuah rencana yg ~ pergerakan wanita di Indonesia; pengisahan perihal (perbuatan dsb) mengi­sahkan; pengisah tukang cerita (kisah dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.sah] | قيصه

Definisi : cerita atau hal mengenai sesuatu; riwayat; kejadian: ~ sang kancil menipu maharaja singa. mengisahkan meriwayatkan sesuatu kejadian dll; menceritakan: Buku ini ~ pengembaraan seorang yg masyhur. pengisahan hal atau perbuatan mengisahkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kisah (kata nama)
Bersinonim dengan hal, cerita, kejadian, riwayat, gambaran, tambo, peristiwa, babad, hikayat, berita, karangan, rencana, sejarah;,
Kata Terbitan : berkisah, mengisahkan,

Puisi
 

Saya tak tahu emping basi,
     Biarlah jatuh ke dalam duri;
Saya tak tahu demo benci,
     Saja saya tak kisah diri.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CHRÉTIEN DE TROYESChrétien de Troyes ialah penyair Perancis
yang menulis dari tahun 1160 hingga tahun 1190.
Dia memperkenalkan kisah-kisah King Arthur dan
Kesateria Round Table ke dalam kesusasteraan
Perancis.
UMUMUmum
SURAH AL-QASAS

Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 88 ayat.

Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana

Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi

Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula

kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya

sebagai rasul. Di dalam surah ini juga terdapat

peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang

menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan

pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya

(kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh-

Nya.

UMUM 
ROM PURBA

Rom Purba. Kisah Rom purba ialah kisah

bagaimana sebuah masyarakat kecil yang terdiri

daripada gembala kambing di pedalaman Itali,

berkembang sehingga menjadi sebuah empayar

yang terbesar dalam sejarah – dan kemudian

mengalami keruntuhan. Mengikut legenda orang

Rom, bandar Rom telah diasaskan pada tahun 753

S.M. Menjelang tahun 275 S.M., Rom menakluk

sebahagian besar Semenanjung Itali. Pada zaman

kemuncaknya, iaitu pada tahun 100-an M.,

UMUM 
KELLER, GOTTFRIED

Keller, Gottfried (1819–1890) ialah penulis

Swizerland yang paling terkenal yang menulis di

Jerman sebelum tahun 1900-an. Dia terkenal

dengan watak jenakanya dan sikap yang

mengambil berat tentang etika baik rakyat. Keller

menulis beberapa prosa yang pendek dikenali

sebagai novella. Novellanya yang paling terkenal

terbit dalam 2 siri, The People of Seldwyla (1856,

1874). Novella ini termasuk cerita jenaka “Clothes

Make the Man” dan kisah tragik “Romeo dan Juliet

in the Village”. Siri-siri lain yang penting termasuk

Seven Legends (1872), iaitu versi moden yang lucu

dari kisah-kisah agama yang terkenal, kisah sejarah

Zurich Novellas (1878), The Epigram (1882) yang

merupakan satu koleksi kisah cinta yang sedih; dan

kisah kehidupan daerah Swiss, Martin Salander

(1886). Keller lahir di Zurich.

UMUM 
KISAH PELAYARAN ABDULLAH

Kisah Pelayaran Abdullah ialah sebuah karya

autobiografi yang ditulis oleh Abdullah

Abdul Kadir Munsyi (1796–1854) atau lebih dikenali

sebagai Abdullah Munsyi. Buku ini telah dicetak

oleh Penerbit E. J. Brill di Belanda pada tahun 1889.

UMUM 
KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI

KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI, karya autobiografi. Kisah Pelayaran Mohammad Ibrahim Munsyi, dikarang oleh Ibrahim bin Haji Abdullah Munsyi. Apabila dia meninggal dunia, karangan ini berada di tangan saudaranya, Muhamad Khalid. Muhammad Khalid kemudian menyerahkan karangan ini kepada Haji Muhammad Said. Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Ibrahim, Sultan Yang dipertuan bagi negeri dan jajahan Johor, Kisah Pelayaran Muhammad  Ibrahim Munsyi dicetak pertama kali dalam tulisan jawi pada tahun 1919,. Kemudian dalam tahun 1956, naskhah ini dicetak semula tanpa melakukan apa-apa perubahan. Kedua-duanya dicetak oleh Jabatan Cetak Negeri Johor di Johor Bahru.

SASTERAKarya
KISAH

KISAH, majalah bulanan cerita pendek. Majalah ini diterbitkan di Jakarta pada bulan Julai 1953. Selain memuatkan cerita pendek, majalah ini juga memuatkan sajak, esei dan kritik. Majalah ini memberikan hadiah untuk cerpen yang diterbitkan setiap tahun. H.B Jassin pernah membukukan 13 cerpen yang dimuatkan dalam majalah ini dengan jdul kisah: 13 Cerita Pendek (1955).

SASTERAPenerbitan
ALADDIN

Aladdin ialah salah seorang hero dalam Kisah

Seribu Satu Malam. Kisah ini berasal dari Parsi

tetapi ia ditokok tambah berdasarkan pegangan

dan pandangan penceritanya, iaitu seorang wanita

Islam bernama Syahrizat.

UMUM 
KOBOI

Koboi ialah orang yang membantu menjaga

sekawanan besar lembu untuk pemilik ladang

ternak. Di Amerika Syarikat, koboi menjadi

masyhur pada zaman sempadan Barat dahulu.

Reputasi kerana berani menghadapi bahaya dan

kesusahan menjadikan mereka wira kepada

banyak orang Amerika. Kisah-kisah yang

menyeronokkan tentang kehidupan koboi,

nyanyian koboi yang merawan hati, dan bahasa

koboi yang berwarna-warni semuanya telah

menjadi sebahagian daripada cerita rakyat

Amerika. Kebanyakan novel, pertunjukan wayang

gambar, dan televisyen yang paling popular adalah

tentang koboi.

UMUM 
ANNE, SAINT

Anne, Saint, secara tradisi dianggap sebagai

isteri Joachim dan ibu kepada Virgin Mary. Kisah

mengenai kehidupannya ditemui hanya dalam

buku yang keluarannya diragui, daripada Kitab

Perjanjian Baru. Menurut kisah ini, seorang

malaikat muncul di hadapannya dan

mengumumkan bahawa anaknya akan direstui di

seluruh dunia. Saint Anne mempunyai banyak

makam yang didirikan untuknya. Salah sebuah

makam yang paling terkenal ialah makam yang

terletak berhampiran Quebec City, Kanada, iaitu

makam Ste.-Anne-de-Beaupre.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas