SYEKH ABDUL KARIM AMRULLAH MANINJAU (1879-1945), ulama dan pelopor Kaum Muda di Minangkabau, Sumatera, Indonesia. Dia lahir pada 10 Februari 1879, di Danau Maninjau. Nama sebenarnya ialah M. Rasul. Ayahnya Syekh Kisai adalah seorang ulama tarekat, manakala ibunya berasal daripada keluarga penghulu adat. Dia pernah berguru dengan Syekh Ahmad Khatib dan Syekh Tahir Jamaluddin. Syekh Abdul Karim pergi ke Makkah sebanyak dua kali, iaitu dari tahun 1894 hingga tahun 1901. Kunjungan kali kedua (1904-1906), dia telah memberanikan diri membuka halaqah di Masjidilharam, meskipun dilarang oleh mufti mazhab Syafie.
Thanks for clicking. That felt good.