KITARAN ESTRUS | Kitaran estrus ialah proses yang menyediakan haiwan betina kebanyakan spesies mamalia untuk mengawan dan melahirkan anak. Ia juga dikenali sebagai kitaran pembiakan. Dalam kalangan banyak mamalia, kitaran estrus berlaku dalam tempoh tertentu, yang dinamakan musim pembiakan. Kitaran ini ditentukan masanya supaya anak dilahirkan pada masa ia mempunyai peluang yang terbaik untuk hidup. | UMUM | |
KITARAN PERNIAGAAN | Kitaran perniagaan ialah pola aktiviti perniagaan bagi ekonomi sesebuah negara. Aktiviti ini meningkat atau menurun dari semasa ke semasa. | UMUM | |
KITARAN NITROGEN | Kitaran nitrogen ialah peredaran nitrogen di antara atmosfera, tanah, air, tumbuh-tumbuhan dan haiwan di bumi. Semua benda hidup memerlukan nitrogen, tetapi kebanyakan organisma tidak boleh menggunakan gas nitrogen (N 2 ) yang membentuk kira-kira 78 peratus daripada udara. Ia mesti menggunakan nitrogen yang telah berpadu dengan unsur-unsur lain untuk membentuk sebatian. Walau bagaimanapun, bekalan nitrogen tetap ini adalah terhad. Oleh itu, kaedah yang kompleks untuk mengitar semula nitrogen telah berlaku dalam alam semula jadi. | UMUM | |
KITARAN HIDROLOGI | Kitaran hidrologi ialah pergerakan air yang berterusan dalam pelbagai bentuk dari permukaan laut ke bumi, dan dari bumi ke laut. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
SELANGAN GENERASI | Selangan generasi ialah istilah bagi kitaran hidup kebanyakan tumbuh-tumbuhan dan sesetengah alga. Istilah generasi menimbulkan kekeliruan kerana ia merujuk kepada dua fasa yang berbeza yang membentuk satu kitaran hidup. | UMUM | |
NIRVANA | Nirvana ialah istilah yang digunakan dalam setengah-setengah agama orang India, terutama Buddha, untuk memerikan kedamaian dan rahmat yang abadi. Dengan tercapainya nirvana, seseorang itu terlepas daripada kitaran kematian dan kelahiran yang menyakitkan dan berterusan. Kitaran ini berlaku disebabkan oleh keinginan seseorang individu terhadap duniawi seperti gilakan kemasyhuran, keabadian, dan kekayaan. | UMUM | |
KARMA | Karma ialah konsep penting dalam beberapa kepercayaan dari Timur terutama Hinduisme, Buddhisme, dan Jainisme. Penganut agama ini percaya bahawa kewujudan makhluk di dunia adalah satu kitaran kematian dan kelahiran semula yang berterusan. | UMUM | |
SPENGLER, OSWALD | Spengler, Oswald (1880–1936) ialah ahli falsafah sejarah Jerman. Dalam The Decline of the West (1918–1922), dia menyatakan bahawa kunci kepada sejarah ialah undang-undang kemasyarakatan dan ketamadunan, yang bangkit dan jatuh dalam kitaran. Menggunakan spekulasi dan rasa hati lebih daripada kaedah sejarah yang tetap, dia merumuskan bahawa tamadun Barat sedang menuju kehancuran [lihat Tamadun (Mengapa tamadun bangkit dan runtuh)]. Spengler lahir di Blankenburg. | UMUM | |
ESTROGEN | Estrogen ialah mana-mana satu daripada sekumpulan hormon yang sama dari segi kimia yang menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan ciri-ciri seksual wanita pada manusia dan ciri-ciri seksual betina pada haiwan-haiwan lain. Estrogen juga mempengaruhi kitaran pembiakan wanita. | UMUM | |
RIBUT MAGNET | Ribut magnet ialah keadaan turun naik yang kuat dalam medan magnet bumi. Ribut demikian disebabkan oleh zarah-zarah tenaga tinggi dan sinaran kuat yang dikeluarkan oleh matahari hasil daripada aktiviti suria. Keseluruhan paras aktiviti ribut magnet berbeza-beza mengikut kitaran | UMUM | |