| KLANG | KLANG salah sebuah petempatan lama di Semenanjung Tanah Melayu. Asal usul nama Kelang berkait rapat dengan kedudukan Kelang sebagai pelabuhan dan tempat persinggahan para pedagang dan perantau. Berbagai-bagai nama dapat dikesan seperti Clang, Clan, Callangh, Calangh, Callang dan lain-lain. Pada masa ke-15 dan abad ke-16, khususnya dalam hikayat-hikayat Melayu, ada menyebut tentang nama Raden Kelang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH | Kolej Islam Klang (KIK) merupakan sebuah sekolah agama berasrama penuh. Kolej Islam Klang ditubuhkan secara rasmi pada 24 Februari 1955 dan telah melalui proses penukaran nama sebanyak 3 kali. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| SISTEM TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) | Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) ialah sejenis pengangkutan kereta api elektrik. Terdapat dua sistem transit aliran ringan yang beroperasi di Lembah Klang, Malaysia, iaitu STAR-LRT dan PUTRALRT. | UMUM | |
| SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH | Sultan Alauddin Riayat Syah (1455–1488) ialah Sultan Melaka yang ketujuh (1477–1488). Baginda dilantik menjadi sultan menggantikan ayahandanya, Sultan Mansur Syah. Ada sumber menyebut bahawa ibu baginda ialah seorang wanita berketurunan Jawa. Baginda juga dikatakan pernah menjadi ‘ratu’ di Klang. Pada masa pemerintahan Sultan Alauddin, Melaka telah berjaya meluaskan jajahan takluknya dengan menakluki Aru. Dengan penaklukan tersebut, Melaka berjaya mengawal sepenuhnya Selat Melaka. Oleh itu, seluruh aktiviti perdagangan dan jalan perairan di Selat Melaka dikawal oleh satu kuasa tunggal yang berpusat di Melaka. | UMUM | |
| KENANG-KENANGAN SELANGOR | KENANG-KENANGAN Selangor, buku salasilah dan adat istiadat pemerintahan Kesultanan Selangor. Buku ini ditulis oleh Wan Mohd. Amin Wan Mohd. Said, Dato' Amar Diraja Penghulu Istiadat Selangor Darul Ehsan. Buku ini diterbitkan pada bulan Julai 1937 oleh The New Klang Press, Edisi kedua diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1966)) dalam tulisan Rumi, dengan judul Pusaka Selangor dan disunting oleh Abdul Samad Ahmad. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
| MAARUF MAHMUD | MAARUF MAHMUD (1920- ), penulis. Dia lahir pada 4 Disember 1920 di Hulu Yam Baru, Hulu Selangor, Selangor. Dia juga menggunakan nama pena Marmah dan Merak Mas. Maaruf mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ulu Yam Baru (1926-1927) dan Sekolah Melayu Port Swettenham hingga tahun 1930. Dia menyambung persekolahannya di High School Klang (1931-1934). | SASTERA | Tokoh |