Nada ialah istilah muzik yang digunakan untuk menerangkan nada kunci komposisi muzik itu dikarang. Nyanyian yang dikarang dengan nada C mempunyai C sebagai nada kuncinya, iaitu pusat nada tengah skala C. Nada termasuk ton skala dan kesemua kod yang dibuat daripada ton tersebut. Nada pertama skala itu dikenali sebagai nada kunci atau tonik, dan nada itu mendapat namanya daripada nada pertama. Tiap-tiap satu daripada 12 skala major dan 12 skala minor mempunyai satu nada kunci. Istilah nada juga bererti jari kelengkeng yang membuka dan menutup lubang-lubang bunyi pada alat tiup seperti klarinet atau basun. Alat seperti piano atau organ mempunyai tuas yang dikenali kekunci. Pemainnya menekan kekunci tersebut untuk menghasilkan bunyi. |