KLOROFIL | Klorofil ialah pigmen hijau pada tumbuh-tumbuhan yang menyerap tenaga cahaya untuk digunakan dalam fotosintesis. Klorofil juga terdapat pada organisma mudah yang dinamakan alga dan pada sesetengah bakteria. | UMUM | |
KULAT | Kulat ialah organisma yang tidak mempunyai klorofil, iaitu bahan pewarna hijau yang digunakan oleh banyak tumbuhan untuk membuat makanan. Kulat tidak boleh membuat makanannya sendiri. Sebaliknya, ia menyerap makanan daripada persekitarannya. | UMUM | |
KLOROPLAS | Kloroplas ialah struktur terkhusus di dalam sel tumbuhan. Ia menjadi tempat berlakunya fotosintesis. Kloroplas mengandungi klorofil, pigmen hijau yang menyerap tenaga dari cahaya matahari untuk digunakan dalam fotosintesis. | UMUM | |
SAPROFIT | Saprofit ialah benda hidup yang mendapat makanannya daripada sisa organisma yang mati. Kebanyakan saprofit sama ada kulat seperti cendawan, dan kulapuk – atau bakteria. Organisma ini tidak mempunyai klorofil, iaitu pigmen hijau yang membolehkan tumbuhan membuat makanannya melalui fotosintesis (lihat Fotosintesis ). Saprofit menghadam tisu mati untuk tenaga yang diperlukan untuk hidup dan membiak. Proses ini biasanya menggunakan karbohidrat untuk menghasilkan karbon dioksida dan air. Saprofit juga boleh menghadam protein, lemak atau bahan-bahan lain yang dibuat oleh benda hidup dan menguraikannya menjadi sebatian yang lebih ringkas. | UMUM | |
KULAPUK | Kulapuk ialah sejenis kulat yang kerap tumbuh pada makanan. Seperti juga cendawan, mildew, dan kulat-kulat lain, kulapuk tidak mempunyai klorofil, iaitu bahan pewarna hijau yang digunakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk membuat makanan. | UMUM | |