Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata km


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KILOMETER

Kilometer ialah unit jarak dalam sistem metrik.

Simbolnya ialah km.

UMUM 
DRAKENSBERG

Drakensberg merupakan banjaran gunung

yang paling penting di Afrika Selatan. Panjang

banjaran ini lebih daripada 1000 km.

UMUM 
PHATHALUNGPHATHALUNG, wilayah di selatan Thailand. Letaknya 846 km dari Bangkok di kawasan barat Tasik Songkhla. Keluasannya lebih kurang 3787 km persegi. Phathalung merupakan wilayah yang terkenal di kalangan wilayah selatan Thailand sebagai pengeluar padi kedua terbesar selepas Nakhon Si Thammarat.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
LIECHTENSTEIN

Liechtenstein ialah sebuah negara kecil di

selatan-tengah Eropah. Ia merupakan salah

satu negara terkecil di dunia. Luas negara ini

hanyalah 160 km persegi. Untuk jumlah penduduk

Liechtenstein, lihat Fakta ringkas dalam rencana ini.

UMUM 
KOREA SELATAN

Korea Selatan, negara yang terletak di antara garis lintang 43o U dan 34o U, dengan keluasan 100 km2 dari utara ke selatan dan 216 km2 dari timur ke barat.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SARIKEI

SARIKEI, sebuah daerah dan juga salah  sebuah bahagian di Sarawak.  Bahagian Sarikei yang direntangi oleh Sungai Rajang dan Sungai Belawai ini mempunyai keluasan lebih kurang 1740 km persegi.  Sepanjang Sungai Rajang, kawasan di muaranya agak rendah berpaya, manakala di kawasan pendalamannya lebih tinggi dan berbukit-bukau.  Sarikei terletak 356 km dari Kuching.  Bandar yang terdekat dengannya ialah Sibu yang terletak lebih kurang 122 km ke timur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SUNGAI MUSISUNGAI MUSI, sungai terbesar dan utama di Sumatera Selatan,  Indonesia.  Panjang sungai ini adalah lebih kurang 520 km dengan kawasan lembangan seluas 61 250 km persegi.  Sungai ini berpunca dari Banjaran Bukit Barisan di barat berhampiran gunung berapi Kaba di Bengkulu.  Laluannya di tenggara dan ke timur laut, merentangi banjaran gunung di daerah hulu Palembang sehingga ke kaki bukit di Tebing Tinggi.  Sungai ini mengalir keluar ke Selat Bangka melalui empat pelabuhan iaitu Sali, Ogan, Sungsang (Soensang) dan Pontian.  Pada musim hujan, kapal-kapal boleh memudiki sungai ini sehingga ke pertembungan Sungai Lematang, iaitu cawangannya di hilir.  Jarak Sungai Lematang ke laut ialah sejauh 270 m.  Sungai Musi bersama-sama dengan Sungai Ogan dan Sungai Komering bertembung di Palembang dan kawasan Pladju oleh beberapa cawangan sungai yang kecil.  Sungai Musi yang dalam membolehkan kapal-kapal besar melaluinya tetapi di Sungsang, airnya lebih cetek.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
RANAU

RANAU, daerah di Residensi Pantai Barat Sabah. Ranau dalam bahasa Dusun bererti tanah sawah yang sentiasa basah. Keluasan Ranau ialah 2 977 km persegi. Pekan Ranau terletak di pinggir sebuah sungai dan tanah pamah yang luas, setinggi 914.4 m dari paras laut. Sesetengah orang percaya bahawa di Ranau terdapat sebuah gunung berapi. Ini terbukti dengan adanya mata air panas di Poring, lebih kurang 24 km dari Ranau.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MARHALAH

Marhalah ialah unit ukuran jarak yang panjangnya menyamai 44789.76 m atau lebih kurang 28 batu atau 45.06 km.

AGAMAKonsep
PULAU BALAMBANGANPULAU BALAMBANGAN, pulau yang pernah menjadi penempatan British pada abad ke-18. Pulau ini terletak di utara Teluk Marudu dan barat Pulau Banggi atau bahagian paling ke utara negeri Sabah. Pulau Balambangan dipisahkan daripada bahagian utara Semenanjung Kudat dan tanah besar negeri Sabah oleh selat sejauh 21 km dan dipisahkan dengan Pulau Banggi di bahagian barat oleh selat sejauh 5 km.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
1234567

Kembali ke atas