Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.boi] | کوبوي

Definisi : bp gembala lembu yg menunggang kuda (di Amerika Syarikat); kekoboi-koboian berlaku spt koboi (spt menyamun, menggunakan senjata api, dll): tegaknya Mamat dgn senapangnya sewaktu hendak mempertahankan aral nampak agak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.boi] | کوبوي

Definisi : gelaran utk gembala lembu yg menunggang kuda di Amerika Syarikat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koboi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOBOI

Koboi ialah orang yang membantu menjaga

sekawanan besar lembu untuk pemilik ladang

ternak. Di Amerika Syarikat, koboi menjadi

masyhur pada zaman sempadan Barat dahulu.

Reputasi kerana berani menghadapi bahaya dan

kesusahan menjadikan mereka wira kepada

banyak orang Amerika. Kisah-kisah yang

menyeronokkan tentang kehidupan koboi,

nyanyian koboi yang merawan hati, dan bahasa

koboi yang berwarna-warni semuanya telah

menjadi sebahagian daripada cerita rakyat

Amerika. Kebanyakan novel, pertunjukan wayang

gambar, dan televisyen yang paling popular adalah

tentang koboi.

UMUM 
AUTRY, GENE

Autry, Gene (1907–1998), penyanyi, pelakon,

penulis lagu, dan eksekutif perniagaan Amerika. Dia

menjadi terkenal kerana peranannya sebagai

seorang penyanyi koboi di dalam filem-filem Barat

dari tahun 1930-an hingga tahun 1950-an. Orvon

Gene Autry lahir di Tioga, berdekatan Pilot Point,

Texas, Amerika Syarikat. Dia mula merakamkan lagu-

lagu koboi pada tahun 1929 dan mencipta rekod

kegemaran ramai “That Silver-Haired Daddy of

Mine”, buat kali pertamanya, pada tahun 1931. Autry

menulis lebih daripada 250 buah lagu, termasuk

yang menjadi kegemaran ramai seperti “Tears on

My Pillow” (1941) dan “Here Comes Santa Claus”

(1947). Dia juga membuat rakaman popular lagu

“Back in the Saddle Again” (1939), “Rudolph the Red-

Nosed Reindeer” (1949), “Frosty the Snowman“ (1950)

dan “Peter Cottontail” (1950).

UMUM 
MUSTANG

Mustang ialah nama kuda tertentu yang merayau-rayau

di beberapa bahagian di barat Amerika.

Mustang adalah keturunan kuda Sepanyol yang

dibawa ke Amerika oleh penjelajah Sepanyol.

Mustang mungkin berasal daripada perkataan

Sepanyol meste~nos, yang bermakna kuda liar, atau

kuda tidak bertuan .

Lihat juga Koboi (Kudanya); Kuda (Kuda liar).

UMUM 
RUSSELL, CHARLES MARIONRussell, Charles Marion (1864–1926), pelukis

dan pengarca Amerika yang terkenal kerana

lukisannya yang memaparkan pemandangan koboi

dan kehidupan di Barat.

UMUMUmum

Kembali ke atas