Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko/] | کوق

Definisi : bp 1. kalau, kalau-kalau, takut; 2. kata utk menegaskan maksud (rasa hairan, marah, dll): ~ masih pakai celana yg koyak-koyak? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko/] | کوق

Definisi : pepejal yg berliang-liang dan mudah patah dan mengandungi kira-kira 80% karbon (diperoleh dgn memanaskan arang batu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko/] | کوق

Definisi : Kd 1. paip saluran air yg ditanam pd jalan, batas; 2. benda bulat yg digunakan utk menggali telaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko/] | کوق

Definisi : ist bahan yg kasar dan ringan yg tinggal apabila gas dikeluarkan dr arang batu yg dibakar (digunakan sbg bahan api). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kok

Puisi
 

Orang Padang lalu berempat,
     Kok koyak tepi kainnya;
Nan hilang tidakkan dapat,
     Cari nan lain kan gantinya.


Lihat selanjutnya...(10)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOK

Kok ialah bahan keras berwarna kekelabuan

yang didapati apabila batu arang lembut

dipanaskan dalam relau kok kedap udara.

UMUM 
TAR BATU ARANG

Tar batu arang ialah cecair pekat, hitam dan

melekit. Ia diperoleh sebagai keluaran sampingan

dalam pembuatan kok, dan gas relau kok daripada

batu arang lembut. Tar batu arang didapati dengan

memeluwap sebahagiannya bertukar (kepada

cecair) wap panas daripada relau kok atau

pengeluar gas batu arang.

UMUM 
GAS RELAU KOK UMUM 
KOK PETROLEUM

Kok petroleum ialah keluaran berguna

yang didapati daripada penapisan minyak

mentah.

UMUM 
MELEBUR

Melebur ialah kaedah mengasingkan logam

daripada bijih aslinya. Proses melebur dilakukan

dalam relau yang dibina khas. Relau bagas untuk

membuat besi jongkong adalah setinggi bangunan

10 tingkat. Bijih besi, kok, dan batu kapur

dimasukkan melalui bahagian atas relau. Bagas

panas (udara prapanas) masuk dari bawah. Bagas ini

membakar kok dan menghasilkan gas serta haba

yang perlu untuk menurunkan besi daripada

mineral oksidanya di dalam bijih dan juga

membentuk sanga daripada tindak balas batu kapur

dan sisa komponen bijih seperti silikon dan fosforus

(lihat Sanga). Sanga lebur dan besi dikeluarkan dari

bukaan di bawah relau. Gas relau pula dikeluarkan

dari atas. Industri juga menggunakan relau bagas

untuk melebur bijih lain untuk menghasilkan

tembaga, plumbum dan feroaloi (aloi yang

mengandungi besi).

UMUM 
DARBY, ABRAHAM

Darby, Abraham (1677–1717), memulakan

revolusi kaedah penuangan besi. Kejayaannya yang

utama ialah penggunaan arang kok berbanding

dengan penggunaan batu arang untuk proses

peleburan.

UMUM 
PASIR BITUMIN

Pasir bitumin juga dikenali sebagai pasir tar,

merupakan longgokan pasir yang mengandungi

bitumin. Bitumin ialah bahan seperti gam berwarna

hitam untuk membuat kok, gas, dan minyak.

UMUM 
YAWATA

Yawata ialah sebuah pusat industri berat Jepun

yang penting. Yawata juga sebahagian daripada

bandar raya Kitakyushu, yang terletak di utara

pantai pulau Kyushu (lihat Jepun [peta politik]).

Kilang di Yawata membuat besi jongkong daripada

bijih yang diimport dan menghasilkan kebanyakan

daripada besi keluli yang diperlukan oleh Jepun.

Yawata terletak berhampiran dengan lombong

batu arang dan mempunyai loji kok. Semasa

Perang Dunia II, Yawata menjadi sasaran pertama

serangan udara B-29 Amerika Syarikat, pada 15 Jun

1944.

UMUMKonsep

Kembali ke atas