KACANG KOLA | Kacang kola ialah biji beberapa jenis pokok malar hijau yang berasal dari Afrika Barat. Kacang kola digunakan untuk membuat minuman ringan dan ubat. | UMUM | |
MURMANSK | Murmansk (pend. 412 000), pelabuhan utama Rusia di Lautan Artik. Ia merupakan bandar terbesar di utara Bulatan Artik. Arus Telukan yang panas menyebabkan pelabuhan ini tidak dilitupi ais sepanjang tahun. Murmansk terletak di kawasan tanah rata, kawasan tiada berpokok di bahagian utara Semenanjung Kola. Ia bersempadan dengan Serokan Kola, cabang Lautan Artik. Untuk lokasi, lihat Rusia, (peta politik). | UMUM | |
MINUMAN RINGAN | Minuman ringan ialah minuman tanpa alkohol, berperisa, yang disediakan dengan air bergas. Minuman ini dinamakan ringan untuk membezakannya daripada minuman keras (beralkohol). Minuman ringan juga dinamakan sebagai pop soda, soda, atau pop. Kola adalah minuman ringan yang paling banyak digunakan. Perisa lain termasuk lemon, limau nipis, oren, anggur, dan air halia. Minuman ringan popular di banyak negara di dunia. | UMUM | |
MALABO | Malabo (pend. 15 253) ialah ibu negara Equatorial Guinea (Guinea Khatulistiwa). Bandar ini terletak di Bioko, sebuah pulau di Teluk Guinea, Afrika Barat. Untuk lokasi Malabo, lihat Equatorial Guinea (peta). Malabo ialah pelabuhan penting yang mengendalikan eksport pisang, kayu kabinet, koko, kulit cinchona, kopi, kacang kola, dan minyak kelapa sawit. Kebanyakan penduduk di bandar ini bekerja dengan syarikat import eksport. Lapangan terbang terletak berhampiran Malabo. | UMUM | |