Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kolék) sj sampan kecil (utk me­nangkap ikan dll): orang memukat ikan gelama bersampan ~ kayunya pulai; berkolek menaiki kolek: mereka bersampan dan ~ utk menangkap ikan setiap hari; berkolek-kolek 1. terapung-apung, beroleng-oleng (spt perahu dipukul ombak); 2. melayang-layang ke sana sini (spt kupu-kupu yg terbang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kolek
Rujuk :sampan

Puisi
 

Sampan kolek perahu Cina,
     Patah pasak pintu berkurung;
Adik pergi jangan lama,
     Buah jatuh disambar burung.


Lihat selanjutnya...(13)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOLEK

KOLEK, pengangkutan air yang digunakan oleh nelayan. Reka bentuk dan ukuran kolek berbeza-beza mengikut tempat dan kegunaannya.

BUDAYAKenderaan/Pengangkutan
BANGAU

BANGAU, ukiran pada bahagian haluan perahu nelayan. Ukiran ini dikenal dengan nama bangau perahu kerana bentuk ciptaan asalnya menyerupai kepala seekor burung bangau. Bangau perahu hanya terdapat pada perahu kecil nelayan yang menggunakan dayung dan layar. Antara perahu nelayan yang memiliki bangau termasuklah kolek, bedar, sekoci, kolek kue dan payang.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas