MUZIUM | Muzium ialah sebuah institusi yang mempamerkan bahan seni dan bahan pendidikan kepada orang ramai. Bahan yang tersedia untuk kajian dan pemerhatian dikenali sebagai koleksi. Koleksi terdiri daripada bahan spesimen saintifik, hasil seni, dan pameran serta maklumat mengenai sejarah atau teknologi. Muzium juga menyediakan maklumat kepada penyelidik, pelajar, dan ahli komuniti yang lain. Pegawai muzium menyediakan bahan-bahan pameran dan menjaganya selepas dipamerkan. | UMUM | |
PERPUSTAKAAN MITCHELL | Perpustakaan Mitchell, di Sydney, New South Wales , mengandungi koleksi penyelidikan berjumlah lebih 200 000 buah buku bercetak dan beberapa ribu manuskrip, peta, lukisan, cetakan, dan gambar tentang Australia. Koleksi ini juga meliputi koleksi kawasan Pasifik dari Indonesia hingga ke Hawaii, dan dari Filipina hingga ke Antartik. | UMUM | |
ARKIB | Arkib ialah koleksi maklumat sejarah. Saiz arkib berbeza-beza daripada arkib negara yang besar sehingga kepada koleksi fail di sekolah dan kolej atau di premis syarikat swasta. Banyak organisasi kerajaan mempunyai arkib. Contohnya, di England dan Ireland, arkib dikenali sebagai pejabat rekod kaunti . Pejabat ini merekodkan topik seperti perbicaraan mahkamah tempatan; mesyuarat badan-badan kerajaan tempatan; pembangunan jalan raya, jambatan dan landasan kereta api; pasar tempatan dan perincian mengenai keluarga tempatan. | UMUM | |
TATE GALLERY | Tate Gallery, di London, menempatkan koleksi lukisan cat dan arca yang terkemuka oleh pelukis British dan pelukis-pelukis lain. Koleksi lukisan cat mewakili karya pelukis British dari tahun 1500-an hingga kini dan karya pelukis dari negara lain semenjak akhir tahun 1800-an. Tate Gallery di Liverpool menempatkan lukisan cat dari tahun 1900- an. | UMUM | |
KANUN JUSTINIAN | Kanun Justinian. Justinian I, pemerintah Empayar Rom Timur dari tahun 527 M. hingga tahun 565 M., memerintah 10 orang yang paling bijaksana dalam jajahannya untuk menggubal satu koleksi undang-undang Rom. Koleksi ini dikenali sebagai Corpus Juris Civilis, yang bererti Body of Civil Law juga dikenali sebagai Justinian. | UMUM | |
PERPUSTAKAAN FOLGER SHAKESPEARE | Perpustakaan Folger Shakespeare di Washington, D.C. , menempatkan salah satu koleksi buku yang sangat penting tentang peradaban orang British kira-kira dari tahun 1485 hingga tahun 1715. Perpustakaan ini juga memiliki koleksi buku yang paling penting di dunia yang dihasilkan oleh William Shakespeare dan tentang William Shakespeare. Perpustakaan ini mempunyai lebih daripada 225 000 buah buku. | UMUM | |
TALMUD | Talmud ialah koleksi undang-undang agama dan sivil orang Yahudi yang disertai dengan terjemahan ilmiah. Ia adalah hasil penulisan kedua yang dianggap suci dan berpengaruh di kalangan orang Yahudi, selepas kitab Bible . Agama Yahudi menganggap mempelajari Talmud secara sepenuh masa adalah antara amalan yang paling mulia. | UMUM | |
MUZIUM BRITISH | Muzium British, di London, adalah antara muzium agung kebangsaan yang paling tua. Koleksi yang dipamerkan adalah antara yang terbaik di dunia. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1753 melalui akta Parlimen selepas Sir Hans Sloane, doktor British dan juga ahli botani mewasiatkan kesemua koleksinya kepada negara. Muzium ini dibuka pada 15 Januari 1759, di Montagu House, West End; London. Pada tahun 1847, bangunan baru telah menggantikan Montagu House dan penambahan koleksi telah dilakukan semenjak tarikh tersebut. Muzium British menarik lebih empat juta pengunjung setiap tahun. | UMUM | |
MAJALAH | Majalah ialah satu koleksi rencana atau kedua- duanya sekali, yang diterbitkan secara berkala. Kebanyakan majalah mengandungi ilustrasi. Majalah, dalam bahasa Inggeris juga dikenali sebagai periodical (berkala) manakala penerbitan yang cenderung kepada akademik dikenali sebagai jurnal. | UMUM | |
PERPUSTAKAAN ISKANDARIAH | Perpustakaan Iskandariah ialah tempat koleksi skrol purba yang terbesar dan paling terkenal. | UMUM | |