KOLESTEROL | Kolesterol ialah bahan lemak yang terdapat dalam semua tisu haiwan. Manusia biasanya menghasilkan kolesterolnya sendiri, tetapi ada juga yang memasuki badan melalui makanan. Mentega, telur, daging berlemak, dan organ-organ dalaman seperti otak dan hati mengandungi banyak kolesterol. | UMUM | |
ANGIOPLASTI | Angioplasti ialah teknik membuka arteri yang tersumbat oleh mendapan kolesterol, kalsium, dan bahan-bahan lain. Mendapan sedemikian dinamakan plak . | UMUM | |
STEROID | Steroid ialah sebarang kelas sebatian kimia yang penting dalam bidang kimia, biologi, dan perubatan. Steroid memainkan peranan yang utama dalam proses tubuh benda hidup. Steroid dihasilkan secara semula jadi oleh tumbuh-tumbuhan dan haiwan dan juga secara komersial. Jenis steroid termasuk sterol, seperti kolesterol; asid hempedu daripada hati; hormon adrenal; hormon seks; dan racun di dalam kodok tertentu. (lihat Hati; Kolesterol). | UMUM | |
ANEURISME | Aneurisme ialah bonjol bak belon yang terbentuk di kawasan dinding arteri atau vena yang lemah. Aneurisme yang paling berbahaya adalah yang berlaku dalam arteri, terutamanya arteri otak dan aorta, arteri utama dari jantung. Kebanyakan aneurisme terhasil daripada aterosklerosis , penyakit yang disebabkan oleh timbunan kolesterol pada dinding arteri. Sebab-sebab lain aneurisme termasuk gangguan genetik atau kecacatan lain yang wujud semasa lahir. | UMUM | |