PERISTIWA TEH BOSTON | Peristiwa Teh Boston ialah serangan yang dibuat oleh kolonis Amerika Syarikat terhadap tiga kapal British di Pelabuhan Boston, Massachusetts, pada 16 Disember 1773. | UMUM | |
WILLIAM PITT | William Pitt (1708–1778), Earl of Chatham, dikenang khususnya sebagai “perancang kemenangan” dan pembina empayar ketika Peperangan Tujuh Tahun, dan juga kerana kesungguhannya mempertahankan hak kolonis Amerika. Datuknya, Thomas Pitt, menolong membina perdagangan British dengan India. | UMUM | |
MILETUS | Miletus ialah salah sebuah kota Yunani purba yang paling besar. Kota ini terletak di sebelah pantai barat Asia Kecil di daerah Ionia (lihat Yunani Purba [peta]). Pelabuhan Miletus yang terkenal menjadikan kota ini sebuah pusat perdagangan yang penting. Pada tahun 700-an dan 600-an S.M, kolonis dari Miletus menduduki sepanjang pantai Hellespont (terusan yang kini dikenal sebagai Dardanelles) dan Laut Hitam. Kira-kira pada tahun 600 S.M., ahli falsafah Yunani yang bernama Thales telah mengasaskan Milesia, sekolah falsafah yang terkemuka. | UMUM | |