Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kom


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SADAT, ANWAR AL-

Sadat, Anwar al- (1337–1402 H./1918–1981 M.)

ialah Presiden Republik Mesir bermula dari tahun

1970 sehingga meninggal dunia. Nama sebenarnya

ialah Muhammad Anwar al-Sadat. Dia lahir di

Mayyit Abu al-Kom, sebuah perkampungan di

Wilayah al-Manufiyah di Delta Sungai Nil. Dia

seorang siswazah Institut Ketenteraan Mesir pada

tahun 1938. Sadat bersama-sama dengan Abdul al-

Nasser dan tentera yang lain menyertai pertubuhan

rahsia yang dikenali sebagai Pertubuhan Tentera

Pembebasan. Pertubuhan ini bertujuan untuk

menumbangkan pemerintahan beraja yang tunduk

sepenuhnya kepada kuasa British dan ingin

membebaskan Mesir daripada penjajahan Britain

yang menguasai politik dan ekonomi. Sadat telah

dijatuhkan hukuman penjara kerana

penglibatannya yang aktif dalam aktiviti revolusi

pada tahun 1940-an. Pada tahun 1952, dia telah

memimpin gerakan revolusi yang telah

menumbangkan Raja Farouk. Setelah tamatnya

gerakan itu, Sadat memegang beberapa jawatan

penting dalam kerajaan.

Dia dilantik sebagai Ketua Dewan Rakyat dan

Ketua Editor Akhbar al-Jumhuriyyah. Seterusnya,

dia dilantik sebagai Naib Presiden Republik Arab

Mesir dari tahun 1964 hingga tahun 1967 dan

disambung semula pada tahun 1969 hingga tahun

1970.

UMUM 

Kembali ke atas