Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.man.der] | کومندر

Definisi : 1. pegawai tentera yg memerin­tah sesebuah pasukan atau operasi tentera; 2. pegawai kanan bertauliah dlm tentera laut yg pangkatnya setingkat di atas lefte­nan komander dan setingkat di bawah kap­ten (setaraf dgn leftenan kolonel dlm ten­tera darat dan tentera udara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.man.der] | کومندر

Definisi : 1 ketua pasukan tentera dll. 2 pangkat pegawai tentera laut yg rendah sedikit drpd kapten: ~ udara pangkat pegawai tentera udara yg rendah sedikit drpd kapten udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komander


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MURAT, JOACHIM

Murat, Joachim (1771?–1815), komander askar

berkuda Perancis yang terkenal semasa Napoleon

I, memerintah Naples antara tahun 1808 hingga

tahun 1814. Dia bertugas bersama-sama Napoleon

Bonaparte dan mendapat ganjaran apabila

berkhidmat di Itali pada tahun 1796. Napoleon

melantiknya sebagai jeneral pada tahun 1799,

apabila dia mengalahkan orang Turki di Mesir.

Askar berkuda Murat memainkan peranan penting

dalam kemenangan Napoleon di Austerlitz, Jena,

dan Friedland (lihat Ney, Michel).

UMUM 
YARRA

Yarra ialah sekoci Australia yang diketuai oleh

Leftenan Komander R.W. Rankin. Semasa

mengiringi sebuah konvoi ke Australia, semasa

Perang Dunia II (1939–1945), ia bertembung dengan

tiga buah kruiser dan dua buah kapal pembinasa

Jepun di selatan pulau Jawa pada 4 Mac 1942.

UMUM 
AUCHINLECK, SIR CLAUDE JOHN EYRE

Auchinleck, Sir Claude John Eyre (1884–

1981), marsyal medan perang British yang

bertugas di Mesir dan Mesopotamia dalam

Perang Dunia I (1914–1918). Dalam Perang Dunia

II (1939–1945), dia menjadi ketua komander

untuk kuasa Berikat di India pada tahun 1941

dan sekali lagi pada tahun 1943 hingga tahun

1947. Dia meghadapi cabaran paling hebat

dalam kariernya sewaktu bertugas sebagai ketua

komander di Timur Tengah (1941–1942). Tentera

kelapan pimpinannya kekurangan tenaga dan

senjata. Namun, Auchinleck tetap mara

menentang kuasa Paksi dan dipaksa berundur.

Dia mengumpulkan semua tenteranya di

belakang El Alamein tetapi telah ditarik jawatan

komandernya sebelum dia sempat bertindak.

Dia lahir di Aldershot, Hampshire, England.

UMUM 
MACARTHUR, DOUGLAS

MacArthur, Douglas (1880–1964) ialah jeneral

Amerika yang terkemuka dalam Perang Dunia II dan

Perang Korea. Dia juga menerima bintang

kecemerlangan sebagai komander tertinggi pihak

Berikat bagi pendudukan di Jepun selepas Perang

Dunia II.

UMUM 
RENJER ROGERS

Renjer Rogers ialah peninjau bagi Tentera

British semasa Perang Tujuh Tahun (1756–1763).

Robert Rogers (1731–1795) mengetuai pasukan

renjer itu. Dia terkenal sebagai seorang komander

yang berani dan pengikutnya sentiasa mengikut ke

mana sahaja dia pergi. Para anggotanya terdiri

daripada orang yang garang dan kasar serta tidak

berdisiplin. Mereka selalu menghadapi masalah

dengan pegawai atasan.

UMUM 
SILANG, DIEGO

Silang, Diego (1730?–1763) ialah patriot Filipina

yang menjadi wira di kalangan penduduk provinsi

Ilocos di utara Pulau Luzon, Filipina apabila

mengetuai pemberontakan pemerintahan Sepanyol

pada tahun 1762. Pada tahun yang sama, British

menawan Manila daripada Sepanyol. Silang

bersekutu dengan British dan mula mengumpul

penduduk Ilocos untuk mengisytiharkan kebebasan

provinsi Ilocos dari Sepanyol. Komander British

melantik Silang sebagai Gabenor Ilocos dan berjanji

untuk menghantar senjata kepadanya. Tetapi bantuan

British tidak pernah sampai. Silang mempertahankan

wilayah itu daripada pihak Sepanyol selama tiga

bulan. Pada bulan Mei 1763, dia dibunuh oleh

pembunuh upahan Sepanyol. Balu Silang, Gabriela

meneruskan pemberontakan. Tenteranya dikalahkan

dalam pertempuran yang berlaku berhampiran

pekan Vigan. Dia dan 100 orang pengikutnya

dihukum gantung.

UMUM 
THORNDIKE, DAME SYBIL

Thorndike, Dame Sybil (1882–1976) ialah

pelakon wanita British yang unggul. Bakatnya yang

serba boleh terserlah dalam persembahan

komedi moden, tragedi Yunani, drama puisi, dan

klasik dari beberapa buah negara. Dari tahun 1914

hingga tahun 1918, Thorndike berada di

Teater Old Vic, London, melakonkan berbagai-bagai

watak dalam drama Shakespeare. Semasa

Perang Dunia II, dia mengunjungi beberapa

buah bandar

perlombongan dan perkampungan di Britain.

Sybil Thorndike lahir di Gainsborough,

Lincolnshire , England . Pada tahun 1961, Thorndike

dilantik sebagai Komander Dame bagi Penerima

Darjah Empayar British.

UMUM 
PERISTIWA TRENT

Peristiwa Trent ialah peristiwa tentera laut

pada tahun pertama Perang Saudara Amerika. Ia

hampir mengheret England dalam konflik di

Selatan. Pada musim luruh tahun 1861, dua orang

pegawai yang mewakili pihak Gabungan , James M.

Mason dan John Slidell belayar ke Eropah dengan

misi mendapatkan bantuan Perancis dan England

yang berkecuali agar membantu pihak Selatan.

Oleh sebab kapal-kapal pihak Utara mengepung

pelabuhan-pelabuhan Selatan, mereka terpaksa

menaiki kapal British, iaitu Trenc di Havana, Cuba .

Charles Wilkes, komander U.S.S. San Jacinto

menahan kapal British itu tanpa arahan untuk

berbuat demikian. Dia menangkap Mason dan

Slidell dan dibawa ke Boston, Massachusetts.

Tindakan ini mencabuli prinsip kebebasan di

lautan kerana England adalah negara berkecuali.

UMUM 
TELUK MANILA

Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya

Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke

barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat

Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65

kilometer panjang dan 55 kilometer lebar.

Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar

berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan

Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan

terletak di muara Teluk Manila. Beberapa

peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II

(1939–1945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh

tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa

Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada

Amerika di bawah pimpinan Komander George

Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam

peperangan di muara Teluk Manila.

Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan.

UMUM 
KARAENG BONTOMARANNUKARAENG BONTOMARANNU (  ?  -1667), dilantik sebagai raja di Bone yang ditakluk oleh Makasar pada tahun 1644. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Semasa Sultan Hasanuddin memerintah Makasar (1653-1669), Karaeng Bontomarannu dilantik sebagai ‘Tumabicara-butta’, satu jawatan yang sama tarafnya dengan Bendahara. Semasa Bugis menyerang Makasar pada tahun 1667, Karaeng Bontomarannu memimpin angkatan Makasar menyerang Butung pada bulan November 1666. Karaeng Bontomarannu menyerah diri setelah kalah kepada Cornelis Speelman (komander tentera Syarikat Hindia Timur Belanda), pada tahun 1667. Spellman dan Karaeng Bontomarannu kemudiannya bersahabat lalu dia dibebaskan. Dia kemudian mengambil kesempatan melarikan diri.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas