KOMET HALLEY | Komet Halley ialah komet yang terang yang diberi nama sempena nama ahli astronomi Inggeris, Edmond Halley. | UMUM | |
KOMET ENCKE | Komet Encke lihat Komet (Jadual). | UMUM | |
KOMET | Komet ialah jasad berais yang biasanya bergerak di sekeliling matahari mengikut orbit yang panjang, bujur. | UMUM | |
PERIHELION | Perihelion ialah kedudukan sesebuah planet atau komet semasa ia berada paling hampir dengan matahari. Di Hemisfera Utara, bumi berada paling dekat dengan matahari pada pertengahan musim dingin. | UMUM | |
PLANET | Planet adalah salah satu daripada sembilan objek besar yang beredar mengelilingi matahari. Planet-planet tersebut ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, dan Pluto. Pluto dianggap sebagai planet yang paling jauh kedudukannya dari matahari, walaupun pada tahun 1979 dan tahun 1999, jaraknya hampir dengan matahari berbanding dengan Neptun. Matahari, planet dan satelit nya (bulan), serta objek kecil lain yang dikenali sebagai asteroid, komet dan meteoroid membentuk sistem suria . | UMUM | |
SISTEM SURIA | Sistem suria merangkumi bintang yang dikenali sebagai matahari dan segala objek yang bergerak mengelilinginya. Sistem suria mengandungi: (1) bumi dan lapan planet lain termasuklah satelit (bulan) yang mengelilingi kebanyakan planet ini; (2) objek seperti planet yang dikenali sebagai asteroid; (3) ketulan besi dan batu yang dikenali sebagai meteoroid; (4) longgokan debu dan gas beku yang dikenali sebagai komet; dan (5) zarah yang hanyut yang dikenali sebagai habuk antara planet dan gas yang bercas elektrik, iaitu plasma yang secara berkumpulan membentuk perantaraan antara planet. | UMUM | |