KOMIK | Komik ialah siri kartun yang mengisahkan sebuah cerita. Komik mungkin berupa lukisan bergambar yang disertai ayat. Perkataan komik juga bermaksud majalah, biasanya untuk kanak-kanak, yang mengandungi lukisan gambar dan bahagian- bahagian lain. | UMUM | |
SCHULZ, CHARLES MONROE | Schulz, Charles Monroe (1922–2000), pelukis kartun Amerika yang mencipta komik “Peanuts”. Lukisannya yang mudah memaparkan watak kanak-kanak yang sering meluahkan kata-kata yang lucu tetapi bijaksana mengenai kehidupan. Charlie Brown, Lucy, Linus, dan sebagainya – termasuk anjing bernama Snoopy – diminati oleh kanak- kanak dan juga orang dewasa. | UMUM | |
PUNCH DAN JUDY | Punch dan Judy ialah watak utama dalam sejenis pertunjukan boneka komik yang popular di England . Punch ialah si bongkok yang berhidung bengkok yang memakai pakaian tradisional Itali . Manakala Judy pula ialah isterinya. Pertunjukan Punch dan Judy biasanya mempunyai banyak cerita jenaka yang kasar dan ganas. Dalam pertunjukan itu, Punch selalunya memukul anaknya, bertengkar dengan isterinya, dan membunuhnya dan ada kalanya watak lain. Punch dibawa ke muka pengadilan dan dihukum mati, tetapi berjaya mengelakkan hukuman itu melalui tipu muslihat. | UMUM | |
NORTHCLIFFE, VISCOUNT | Northcliffe, Viscount (1865–1922), penulis dan penerbit British yang terkenal. Dia mempelopori penggunaan komik, kesan khas, berita agama, dan akhbar tabloid. Dia juga memainkan peranan yang penting dalam penubuhan Kabinet Campuran yang diketuai oleh David Lloyd George pada tahun 1916. Northcliffe memiliki Amalgamated Press, sebuah syarikat penerbitan majalah yang besar, dan London Evening News , Daily Mail , Daily Mirror , dan The Times . Dia dilahirkan di County Dublin, Ireland. Nama asal Northcliffe ialah Alfred Charles William Harmsworth. Dia dilantik menjadi baron pada tahun 1905. | UMUM | |
ALLEN, WOODY | Allen, Woody (1935– ) ialah pelakon, pengarah, pengarang, dan pelawak Amerika. Allen menulis, mengarah, dan membintangi banyak filem komik. | UMUM | |
MOLIÈRE | Molière (1622–1673) ialah nama pentas Jean Baptiste Poquelin, iaitu penulis komedi Perancis yang paling terkenal. Drama Molière menekankan prinsip: perbezaan komik antara cara manusia melihat dirinya sendiri dengan cara orang lain melihatnya. | UMUM | |
A. HALIM TEH | A. HALIM TEH (1933- ), pelukis dan penulis komik. Dia lahir pada 11 Disember 1933 di Kampung Raban, Lenggong, Perak. | BUDAYA | Konsep |
NYE, BILL | Nye, Bill (1850–1896), penulis satira lucu Amerika yang popular. Dia menjadi masyhur kerana kemahiran menulis esei dan anekdot (cerita ringkas) tentang pelbagai subjek daripada American West kepada kewartawanan. Nye juga merupakan pensyarah komik yang berjaya. | UMUM | |
KESUSASTERAAN | Kesusasteraan dalam pengertian kata yang luas bermaksud apa-apa sahaja bentuk susunan kata yang bermakna. Istilah bagi susunan seperti ini dinamakan teks. Mengikut fahaman ini, kesusasteraan termasuk buku komik, cerita rakyat, buku panduan pelancong dan juga novel, drama dan puisi. Dalam pengertian yang lebih sempit, mungkin terdapat pelbagai bentuk kesusasteraan. Kita mungkin memperkatakan kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa yang tertentu seperti kesusasteraan Perancis atau kesusasteraan dari sesebuah negara seperti kesusasteraan Amerika. Kita juga sering memperkatakan kesusasteraan dari sesuatu zaman, seperti kesusasteraan Zaman Renaissance. Kita juga mungkin merujuk kepada kesusasteraan sesuatu perkara seperti kesusasteraan perkebunan atau kesusasteraan saintifik. | UMUM | |
KESUSASTERAAN YUNANI | Kesusasteraan Yunani ialah sastera kebangsaan yang tertua dan paling berpengaruh di dunia Barat. Kesusasteraan Yunani menjadi model kepada semua kesusasteraan terkemudian di Barat, bermula dengan kesusasteraan Latin. Penulis Yunani memperkenalkan banyak jenis kesusasteraan yang penting, termasuk puisi lirik dan epik, drama tragik dan komik, dialog dan esei falsafah, sejarah kritis dan biografi dan surat-surat sastera. | UMUM | |