Qadi ‘Iyad, al- (476–544 H./1083–1149 M.), ahli hadith dan ahli sejarah. Nama sebenarnya ialah Qadi ‘Iyad ibn Musa manakala Abu al-Fadl pula ialah nama julukannya. Qadi ‘Iyad, al- (476–544 H./1083–1149 M.), ahli hadith dan ahli sejarah. Nama sebenarnya ialah Qadi ‘Iyad ibn Musa manakala Abu al-Fadl pula ialah nama julukannya. Dia dikenali ramai kerana keilmuannya yang sukar ditandingi pada masa itu. Tempat lahirnya di Sabtah’ iaitu sebuah bandar di Maghribi dan keluarganya berasal dari Sepanyol. Dia bekerja sebagai pegawai penganalisa selama 28 tahun. Kemudian dia menjawat jawatan kadi di Sabtah’ seterusnya di Gharnatah selama 35 tahun. Namanya harum dan dikenali ramai sehingga orang ramai memuji sifat dedikasinya dan komitmen yang diberikan sepanjang memegang jawatan tersebut. |