PUISI SIMFONI | Puisi simfoni ialah komposisi orkestra yang cuba menggambarkan idea bukan muzik dalam muzik. Penggubah mengasaskan puisi simfoni pada puisi, lakonan, cerita, episod dari sejarah, pemandangan alam, lukisan dan kenyataan falsafah. Puisi simfoni berkembang daripada overtur konsert . Seperti overtur konsert, kebanyakan puisi simfoni terdiri daripada satu babak (bahagian). Tetapi sesetengahnya ditulis dengan lebih bebas dan lebih panjang. | UMUM | |
SERPENTIN | Serpentin ialah mineral yang mempunyai komposisi kimia Mg3Si205(0H)4. Ia wujud dalam dua bentuk yang jelas. Antigorit , sejenis mineral yang berkeping, didapati dalam batu-batan yang besar. Batu-batan ini sering bercapuk-capuk dengan pelbagai warna hijau. Apabila digilap, ia kelihatan seperti marmar. Serpentin demikian digunakan sebagai batu hiasan yang dikenali sebagai antik hijau , atau marmar serpentin . Krisotil , sejenis serpentin berserat ialah jenis asbestos yang paling penting. Krisotil dilombong di Kanada, Kazakhstan, Rusia, dan Afrika Selatan. | UMUM | |
PETROLOGI | Petrologi ialah cabang ilmu geologi yang mengkaji asal usul dan komposisi batuan. Ahli petrologi menganalisis keadaan fizikal dan kimia yang terlibat dalam pembentukan tiga jenis batuan yang utama: igneus , metamorf dan enapan (lihat Batuan ). Analisis ini dapat membantu pencarian bukti tentang asal usul dan perkembangan kejadian bumi. | UMUM | |
NADA | Nada ialah istilah muzik yang digunakan untuk menerangkan nada kunci komposisi muzik itu dikarang. Nyanyian yang dikarang dengan nada C mempunyai C sebagai nada kuncinya, iaitu pusat nada tengah skala C. Nada termasuk ton skala dan kesemua kod yang dibuat daripada ton tersebut. Nada pertama skala itu dikenali sebagai nada kunci atau tonik, dan nada itu mendapat namanya daripada nada pertama. Tiap-tiap satu daripada 12 skala major dan 12 skala minor mempunyai satu nada kunci. Istilah nada juga bererti jari kelengkeng yang membuka dan menutup lubang-lubang bunyi pada alat tiup seperti klarinet atau basun. Alat seperti piano atau organ mempunyai tuas yang dikenali kekunci. Pemainnya menekan kekunci tersebut untuk menghasilkan bunyi. | UMUM | |
SEBATIAN | Sebatian ialah bahan yang mengandungi lebih daripada satu jenis atom. Setiap sebatian mempunyai komposisi tertentu yang boleh diperikan dengan formula kimia. Contohnya, air ialah sebatian yang mengandungi dua jenis atom, hidrogen (H) dan oksigen (O). Formula kimia air ditulis H 2 O kerana terdapat dua kali sebanyak atom hidrogen dengan atom oksigen dalam mana-mana sampel air. Lain-lain sebatian biasa termasuk garam dan gula. Sebatian ini dan banyak sebatian lain wujud dalam alam semula jadi. Banyak sebatian lain juga dicipta secara artifisial. | UMUM | |
OBSIDIAN | Obsidian ialah kaca asli yang terbentuk apabila lava panas mengalir di permukaan bumi dan menyejuk dengan cepat. Obsidian mempunyai komposisi kimia yang sama seperti granit, tetapi dilindapkan untuk membuat kaca dan tidak disejukkan dengan perlahan untuk membentuk hablur. Kebanyakan obsidian berwarna hitam, atau hitam berjalur merah. Ia adalah rapuh dan pecah menjadi bentuk bak kon, tetapi ia tidak boleh dikuari dalam bentuk bongkah. Orang Asli Amerika menggunakannya untuk membuat mata anak panah dan pisau. Lihat juga Batuan; Granit. | UMUM | |
KAYU | Kayu ialah bahan yang keras di bawah kulit pokok, pokok renek dan lain-lain tumbuhan tertentu. Sifat-sifat fizikal kayu, berserta komposisi kimianya menjadikannya satu daripada sumber semula jadi yang paling bernilai. | UMUM | |
KIMIA ANALISIS | Kimia analisis ialah satu cabang kimia yang berkaitan dengan perkembangan dan penggunaan teknik untuk ukuran kimia. Teknik ini digunakan untuk menganalisis komposisi kimia bahan. | UMUM | |
DAVID, JACQUES LOUIS | David, Jacques Louis (1748–1825), pelukis Perancis yang terkemuka semasa Revolusi Perancis dan dalam era Napoleon. Dia melukis khususnya dalam gaya neoklasik yang menekankan bentuk secara mantap berdasarkan bentuk model, unsur perincian yang realistik, dan komposisi yang berimbang. | UMUM | |
LIGNIN | Lignin ialah bahan yang kompleks yang dibentuk oleh sel tumbuhan yang tertentu. Ia adalah satu daripada bahan utama dalam kayu. Lignin yang terdapat dalam dinding sel tisu kayu, berkaitan rapat dengan selulos. Ia terdiri daripada unsur yang sama seperti selulos, tetapi komposisi kimianya yang tepat masih belum diketahui. | UMUM | |