Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.po.sit] | کومڤوسيت

Definisi : 1. terdiri drpd beberapa bahagian, unsur, bahan dsb yg berlainan: sistem paip ~; 2. sesuatu yg terbentuk drpd pelbagai bahagian, unsur dsb: polimer baru dapat diperkukuh menjadi ~ pelbagai guna, khususnya utk pembinaan kereta dan kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.po.sit] | کومڤوسيت

Definisi : sesuatu yg terbentuk drpd pelbagai bahagian, unsur, bahan dsb: Polimer baru dpt diperkukuh menjadi ~ pelbagai guna, khususnya utk pembinaan kereta dan kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komposit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FAMILI KOMPOSIT UMUM 
GENTIAN SELANJARKaedah penghasilan komposit bergentian mr=enggunakan gentian selanjar yang telah direndam atau telah diserap terlebih dahulu dengan resin polimerKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
TEKNIK HAND LAY-UPTeknik penghasilan bahan komposit yang paling banyak digunakan. Teknik ini dilakukan secara insani. Cara pengendaliannya mudah .KEJURUTERAANKaedah
METALOGRAFI

Metalografi ialah kajian tentang struktur

dalaman logam dan aloi. Istilah ini juga boleh

digunakan dalam kajian tentang seramik dan

komposit, iaitu gabungan logam dengan serat

bukan logam. Ahli metalografi menentukan

bagaimana bahan akan bertindak balas dalam

keadaan tertentu, seperti dalam keadaan panas

atau sejuk melampau. Industri bergantung pada

metalografi untuk menghasilkan, menguji dan

memperbaiki keluaran seperti misil dan kapal

angkasa. Ahli metalografi mengkaji sampel bahan

menggunakan sinar-x dan mikroskop. Mikroskop

elektron yang berkuasa tinggi membantu mereka

mencipta bahan baru.

UMUM 
STEREOTAIP

Stereotaip ialah kaedah membuat plat logam

untuk kegunaan percetakan. Dalam proses ini,

pekerja menentukan taip dan menguncinya dalam

bingkai keluli. Pekerja yang lain menyapu

permukaan taip itu dengan lapisan nipis minyak.

Sekeping kertas tebal komposit yang dikenal

sebagai flong, dibentangkan di atas taip dan ditekan

rapat padanya. Kertas ini menekap permukaan taip

atau kat (gambar) pada bingkai. Dengan itu acuan

kertas terbentuk lalu dimasukkan ke dalam ketuhar

dan dibakar hingga keras dan kering. Acuan ini yang

dikenal sebagai matriks atau mat, diletakkan dalam

kotak dalam kedudukan telentang. Pekerja menuang

cairan logam stereotaip yang diperbuat daripada

timah, antimoni, dan plumbum ke atas acuan

tersebut. Logam itu akan menjadi keras serta-merta

lalu menghasilkan plat pejal. Halaman akhbar

dicetak daripada plat ini.

UMUM 
KAYU-KAYAN

Kayu-kayan merupakan tisu komposit yang terdapat di dalam pokok yang juga dikenali sebagai xilem sekunder.

PERTANIANKonsep
SNEEZEWORT

Sneezewort ialah tumbuhan saka yang tahan

lasak yang tumbuh di ladang lembap dan di

sepanjang jalan di Eropah, Asia, dan Amerika

Utara. Ia dinamakan sneezewort kerana baunya

yang kuat menyebabkan sesetengah orang bersin.

Tumbuhan ini tumbuh dari 30 sentimeter hingga

60 sentimeter tingginya. Keseluruhan tumbuhan ini

berwarna kekelabuan dan mempunyai daun yang

panjang, runcing berwarna hijau tua. Bunganya

berwarna putih susu dalam kuntum satu-satu. Ia

mempunyai jambak bunga kecil berwarna putih.

Pengelasan saintifik. Sneezewort tergolong dalam

famili komposit, Compositae (Asteraceae). Ia adalah

Achillea ptarmica.

UMUM 
SALSIFY

Salsify ialah sayur dwitahunan. Ia juga dinamakan

tumbuhan tiram kerana akarnya yang berisi berasa

seperti rasa tiram. Tumbuhan ini berasal dari kawasan Mediterranean,

tetapi kini ditanam dengan meluas di kedua-dua

bahagian Atlantik. Akarnya yang tirus digunakan di

Eropah dan Amerika sebagai sayur. Cara yang

biasa menyediakan salsify ialah dengan merebusnya

sehingga empuk dan kemudian dikrim. Rasanya

juga sedap kalau direbus dan kemudian dicelup

dalam serbuk biskut dan digoreng. Peladang

menanam salsify dengan cara yang sama seperti

menanam parsnip. Akarnya boleh disimpan dalam

musim sejuk sama ada dalam tanah atau disimpan

dalam tanah yang sejuk, lembap.

Pengelasan saintifik.

Salsify tergolong dalam famili komposit, Compositae

(Asteraceae). Ia dikelaskan sebagai

Tragopogon porrifolius .

Lihat juga Parsnip.

UMUM 

Kembali ke atas