Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pro.mi] | کومڤرومي

Definisi : persetujuan atau penyelesaian yg berdasarkan tolak ansur atau jalan tengah (antara dua tuntutan yg bertentangan): penyelesaian itu merupakan satu ~ antara pihak majikan dan kesatuan pekerja; berkompromi bersetuju atau mencapai persetujuan (kesepakatan dsb) dgn cara ber­tolak ansur (dlm pertikaian dll): pertikaian itu tidak dapat diselesaikan kerana kedua-dua pihak enggan ~; mengkompromikan menyatakan persetu­juan atau kesepakatan dgn unsur lain sehingga mencemarkan prinsip, pegangan hidup: penganut agama Islam dilarang ~ prinsip hidup mereka dgn mana-mana fahaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kompromi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan persetujuan, penyelesaian, persepakatan, tolak ansur;,
Kata Terbitan : berkompromi,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MACARTHUR, JOHN

Macarthur, John (1767–1834), mengasaskan

industri bulu biri-biri di Australia. Dia tiba di New

South Wales pada tahun 1790, sebagai pegawai

tentera British. Pada waktu itu kerajaan British

menganggap koloni tersebut semata-mata sebagai

sebuah petempatan penal dan peneroka yang tiba

terpaksa berusaha sendiri untuk menampung hidup

mereka. Macarthur mempunyai wawasan yang

berbeza. Dia percaya bahawa peneroka yang telah

dibebaskan boleh mengembangkan perdagangan

dan pertanian di New South Wales dan menjadikan

diri mereka dan koloni tersebut kaya. Dia

berpegang kuat kepada kepercayaan ini dan

berjuang untuk menjayakannya sepanjang

hidupnya. Dia berjuang tanpa kompromi dan

dengan perasaan yang sombong. Akibatnya, dia

mempunyai sedikit sahabat dan banyak musuh.

UMUM 

Kembali ke atas