KOMUNITI | Komuniti dalam sains sosial ialah satu kumpulan orang ramai yang berkongsi kepercayaan dan adat yang sama dan mungkin hidup di kawasan yang sama. | UMUM | |
KOMUNITI EROPAH | Komuniti Eropah (EC) ialah nama awal bagi satu kumpulan negara Eropah yang kini dikenali sebagai Kesatuan Eropah. | UMUM | |
INDIA , BAHASA | India, Bahasa. Benua kecil India terdiri daripada beberapa komuniti linguistik yang berasingan dan setiap komuniti tersebut mempunyai satu bahasa dan satu budaya sendiri. Penduduk India bertutur dalam banyak bahasa dan dialek yang kebanyakannya adalah variasi-variasi daripada 14 bahasa prinsipal. | UMUM | |
MONNET, JEAN | Monnet, Jean (1888–1979) ialah peniaga Perancis dan pembesar yang mengetuai suatu pergerakan untuk menyatukan Eropah Barat pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an. Dia dikenali sebagai Bapa Komuniti Eropah. Monnet mencadangkan penubuhan Komuniti Batu Arang dan Keluli pada tahun 1950 dan menjadi presiden pergerakan itu dari tahun 1952 hingga tahun 1955. Dia mengasaskan Komuniti Bertindak untuk Kesatuan Eropah dan menjadi presidennya dari tahun 1956 hingga 1975. Dia membantu menubuhkan Komuniti Tenaga Atom (Euratom) dan Komuniti Ekonomi Eropah (kini dikenali sebagai Kesatuan Eropah); kedua-duanya ditubuhkan pada tahun 1957. Lihat Kesatuan Eropah. | UMUM | |
KIBBUTZ | Kibbutz ialah suatu bentuk komuniti Yahudi di Israel yang anggotanya tidak memiliki harta peribadi. Kesemua harta menjadi milik kibbutz dan ia memenuhi segala keperluan anggota serta keluarganya. Kesemua anggotanya bekerja untuk kibbutz dan menerima barangan dan perkhidmatan sebagai ganti upah. Barangan dan perkhidmatan itu termasuk makanan, perumahan, pendidikan, penjagaan kanak-kanak dan rawatan perubatan. Kibbutz kadang-kadang dikenali sebagai komuniti kolektif. | UMUM | |
PERANCANGAN BANDAR | Perancangan bandar ialah proses mengawal pertumbuhan bandar dan pekan. Perancang bandar – orang yang mengendalikan proses ini, menasihati kerajaan mengenai cara memajukan komuniti. Mereka juga menasihati kerajaan dan pemaju hartanah yang merancang untuk memajukan komuniti yang baru. | UMUM | |
TAPIOLA | Tapiola ialah sebuah komuniti dalam bandar raya Espoo, Finland, yang menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai model perancangan bandar. Tapiola terletak di bahagian selatan Finland. Untuk mengetahui kedudukan Espoo, lihat Finland (peta politik). | UMUM | |
PIJIN | bahasa yang terbentuk apabila dua komuniti bahasa yang tidak bertutur dalam bahasa yang sama cuba berkomunikais. | BAHASA | Konsep |
POLIS | Polis ialah pekerja awam yang menguatkuasakan undang-undang dan mengekalkan keamanan. Tugas mereka ialah menghalang jenayah dan melindungi nyawa serta harta benda orang awam dalam sesebuah komuniti. Anggota-anggota polis lelaki dan wanita berkhidmat kepada komuniti dalam pelbagai cara. Mereka meronda jalan raya dengan tujuan untuk mengawal jenayah dan membantu menyelesaikan berbagai-bagai masalah orang ramai. Polis mengawal lalu lintas untuk memastikannya berjalan lancar dan selamat. Polis juga sering kali dipanggil untuk menyelesaikan pertelingkahan, mencari orang yang dilaporkan hilang atau membantu mangsa-mangsa kemalangan. Pada masa banjir, kebakaran dan lain-lain bencana, mereka menyediakan tempat berteduh, pengangkutan dan penjagaan kepada mangsa-mangsa. | UMUM | |
SEMUT | Semut ialah serangga yang hidup dalam komuniti teratur. Semut dikenali sebagai serangga sosial. Lain-lain serangga sosial termasuk sesetengah jenis lebah, semua jenis anai-anai, dan sesetengah penyengat. | UMUM | |