SIPUT KON | Siput kon ialah satu daripada beberapa siput laut, yang dinamakan demikian kerana cangkerangnya berbentuk kon. Cangkerang banyak spesiesnya mempunyai tanda-tanda yang cantik. Kebanyakan spesies hidup di kawasan Indo-Pasifik dan di perairan di luar pantai utara Australia. | UMUM | |
ELIPS | Elips ialah rajah geometri yang berbentuk gelung bujur. Dalam istilah geometri, elips ialah satu daripada bahagian kon (lihat Kon). | UMUM | |
KON | Kon dalam bidang geometri, ialah rajah pepejal yang tapaknya terletak pada satah dan dilingkungi oleh keluk tertutup yang dikenali sebagai direktriks. | UMUM | |
PIROMETRI | Pirometri ialah sistem mengukur suhu. Ia biasanya merujuk kepada suhu yang terlalu tinggi untuk diukur dengan termometer. Dalam tanur tembikar, bukan sahaja suhu, tetapi juga kesan haba perlu diukur. Kon pirometrik , atau kon Seger, kadangkala digunakan. Kon kecil berbentuk piramid ini dibuat daripada tanah liat dan garam, dan akan cair pada suhu tertentu dalam tempoh tertentu. Lingkaran tanah liat yang tidak terbakar juga digunakan di dalam tanur untuk mengukur kesan haba. | UMUM | |
BUTA WARNA | Buta warna yang kadangkala dikenali dengan istilah daltonisme ialah ketakbolehan membezakan kesemua warna. Kebolehan untuk melihat warna berpunca daripada sel penglihatan khusus, yang dinamakan kon, yang terdapat pada retina mata. Seseorang yang normal penglihatan warnanya mempunyai tiga jenis kon, dan setiap jenis kon itu peka terhadap warna yang berbeza. Orang yang buta warna tidak mempunyai satu, atau dua, atau kesemua jenis kon ini. | UMUM | |
PERISAI HABA | Perisai haba ialah penutup pada kon muncung kapal angkasa atau roket. Ia melindungi angkasawan dan peralatan daripada haba yang amat panas yang dikeluarkan semasa penerbangan kelajuan tinggi melalui atmosfera. Pemanasan demikian berlaku apabila kapal angkasa turun dari orbit bumi. Atom dan molekul udara menjana haba melalui geseran terhadap permukaan kapal angkasa. | UMUM | |
TASIK BLUE | Tasik Blue, terletak di lekukan yang curam kon gunung berapi lama, iaitu Gunung Gambier, di Australia Selatan. Kedalaman maksimumnya ialah 77 meter. Warna airnya akan berubah daripada kelabu pada musim sejuk kepada biru pada musim panas. Sebab-sebab berlakunya perubahan ini tidak difahami dengan sepenuhnya. Teori yang paling munasabah ialah bahawa kalsium karbonat yang larut dalam air mendak semasa musim panas dan butir-butirnya menyerakkan cahaya matahari. Lihat Cahaya (penyerakan). | UMUM | |
EL MISTI | El Misti ialah sebuah gunung berapi berbentuk kon yang cantik di Selatan Peru. | UMUM | |
SPRUS | Sprus ialah nama biasa bagi genus pokok malar hijau yang mengeluarkan kon dalam famili pain. Lebih kurang 50 spesies pokok sprus berasal dari Hemisfera Utara. Sesetengah sprus tumbuh melepasi Bulatan Artik. Yang lain tumbuh di selatan sejauh Pergunungan Pyrenees di Eropah. Di Amerika Utara, ia tumbuh di selatan sejauh Carolina Utara dan Arizona. | UMUM | |
ALDER | Alder ialah nama yang diberikan kepada kira-kira 30 jenis pokok renek dan pokok kecil yang didapati di kawasan sederhana bahagian utara dunia. Pokok alder dikaitkan dengan pokok birch dan mempunyai daun bujur yang bergerigi. Bunga betina yang dinamakan katkin (bunga ekor kucing), yang membesar menjadi kon yang keras seperti kon pokok pain yang kecil. Kon ini mengandungi biji. Kon ini berubah menjadi hitam apabila bijinya tertanggal dan akan tahan sepanjang musim sejuk. Gugus hitam yang tergantung ini menyebabkan pokok alder mudah dikenal pasti. Pokok alder membentuk belukar yang tebal di kawasan berpaya dan di cerun-cerun gunung. Ia biasanya ditemui di tepi tasik dan sungai. | UMUM | |