Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kong


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HONG KONG UMUM 
PATTEN, CHRISTOPHER FRANCIS

Patten, Christopher Francis (1944– ),

menjadi gabenor Hong Kong pada tahun 1992.

Selama lima tahun memegang jawatan ini, dia

bertanggungjawab memindahkan Hong Kong

daripada kawalan Inggeris kepada pemerintahan

China.

UMUM 
SHAW, RUNME

Shaw, Runme (1901–1985) ialah penerbit filem

China yang mengetuai Shaw Brothers

Organisation. Syarikat ini memiliki banyak studio

filem di Hong Kong, dan 140 buah pawagam di

Asia Tenggara.

UMUM 
SAINT JOHN AMBULANCE

Saint John Ambulance ialah sebuah

organisasi yang beroperasi untuk menjaga

kesihatan masyarakat. Ia mempunyai cawangan di

banyak tempat di dunia, termasuk Australia,

Kepulauan Caribbean, Hong Kong, India, Kenya,

Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat,

dan Zimbabwe.

UMUM 
TIMUR JAUH

Timur Jauh ialah istilah yang kadangkala

digunakan untuk merujuk pada bahagian yang

paling timur di Asia. Mengikut tradisi, istilah ini

digunakan untuk merujuk pada negara China,

Hong Kong, Jepun, Korea, Macao, Taiwan, dan

timur Siberia di Rusia. Wilayah ini, tidak termasuk

Siberia timur, kini sering disebut sebagai Asia

Timur. Makna bagi istilah Timur Jauh kadangkala

diperluas hingga merangkumi Asia Tenggara.

Negara-negara Asia Tenggara terdiri daripada

Brunei, Myanmar, Kemboja, Indonesia, Laos,

Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan

Vietnam. Istilah Timur Jauh dicipta oleh negara

Eropah. Wilayah ini terbentang jauh ke timur

Eropah.

Lihat juga rencana tentang negara-negara dan

unit politik lain yang dijelaskan dalam rencana ini.

UMUM 
KOWLOON

Kowloon (pend. 799 123), juga dikenali sebagai

Jiulong atau Chiulung, dan New Kowloon (pend.

1 651 064) merupakan sebahagian daripada

kawasan perbandaran yang besar di Hong Kong,

yang sebelum ini ialah wilayah tanggungan United

Kingdom.

UMUM 
XI JIANG

Xi Jiang, juga dieja Hsi Chiang, ialah sungai

yang terpenting di selatan China. Sungai ini

bermula di sempadan wilayah Yunan dan

Guizhou dan mengalir ke arah tenggara sejauh

2655 kilometer ke muara Sungai Zhujiang

(Sungai Mutiara), yang memisahkan Tanah Besar

China dari Hong Kong.

UMUM 
SEIDLER, HARRY

Seidler, Harry (1923– ) ialah arkitek Australia

yang mereka bentuk sebahagian daripada

bangunan tinggi yang paling terkenal di Sydney.

Antara bangunan ini ialah Australia Square, MLC

Centre, dan Grosvenor Place manakala bangunan

di seberang laut yang direka bentuknya termasuk

Kedutaan Australia di Paris dan Hong Kong Club

and Tower.

UMUM 
MACAO

Macao, juga dieja Macau, ialah wilayah Portugis

yang terletak di bahagian tenggara pantai negara

China. Wilayah ini terdiri daripada bandar raya

Macao yang terletak di bahagian semenanjung, dan

tiga buah pulau kecil. Wilayah ini mempunyai

penduduk seramai 436 000 orang dan meliputi 15

kilometer persegi. Wilayah ini terletak di muara

Sungai Zhu Jiang (Sungai Mutiara), lebih kurang 65

kilometer di barat Hong Kong. Untuk lokasi, lihat Asia

(peta politik).

UMUM 
PENERBITAN FEDERAL BERHAD

PENERBITAN FEDERAL BERHAD, penerbit. Ia ditubuhkan semenjak tahun 1960-an di Kuala Lumpur, Singapura dan Hong Kong.  Penerbit ini turut memainkan peranan dalam menerbitkan karya sastera Melayu yang terhasil sekitar tahun tersebut, terutama oleh cawangannya yang berpejabat di Kuala Lumpur.  Penerbitan karya sastera Melayu ini diletakkan di bawah satu siri penerbitan yang diberi nama ‘Siri Sastera Federal’.

SASTERAPenerbitan
12

Kembali ke atas