Monyet adalah satu daripada banyak jenis mamalia kecil, cergas dan antara haiwan yang paling cerdik. Ahli sains mengelaskan monyet – bersama manusia, beruk, lemur, dan kongkang dalam order Primat, iaitu order yang tertinggi. Kecerdikan monyet membolehkannya menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran. Oleh sebab persamaan antara monyet dengan manusia, ahli sains menggunakan monyet dalam penyelidikan tentang kelakuan dan penyakit manusia. Misalnya, bahan darah yang dikenali sebagai <i>faktor Rh i>ditemui dalam eksperimen menggunakan monyet Rhesus (lihat Faktor Rh). |