Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kong.glo.me.rat] | کڠݢلومرت

Definisi : 1. = batu ~ (Geo) batu yg terdiri drpd pecahan batu atau kerikil yg bergumpalan dgn pasir dan tanah liat; 2. (Eko) firma per­niagaan yg besar yg terdiri drpd gabungan beberapa syarikat dgn tujuan utk meningkat­kan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kong.glo.me.rat] | کڠݢلومرت

Definisi : ist 1 terdiri atau terjadi drpd bahan (batu-batu kecil) yg melekat antara satu dgn yg lain dan membentuk gumpalan. 2 = batu ~ batu yg terdiri drpd gumpalan batu-batu kerikil yg melekat antara satu dgn yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konglomerat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KONGLOMERAT

Konglomerat, dalam perniagaan, ialah

perbadanan besar yang mengawal atau memiliki

beberapa buah syarikat yang biasanya beroperasi

dalam bidang yang tidak berkaitan.

UMUM 
GUNUNG TAHAN

GUNUNG TAHAN, Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Kemuncaknya setinggi 2207 m dari paras laut. Gunung Tahan terletak di utara negeri Pahang berhampiran dengan sempadan Kelantan dan merupakan kemuncak Banjaran Gunung Tahan. Banjaran ini terdiri daripada batuan enapan kuartzit konglomerat, batu pasir dan syal yang telah dilipat zaman lampau. Sepanjang banjaran ini mempunyai permukaan yang kasar akibat ketahanan batu kuartzit daripada diluluhawa. Satu lagi ciri yang luar biasa di Banjaran Gunung Tahan ialah liputan tumbuh-tumbuhan yang nipis kerana tanahnya tidak subur. Kesinambungannya banjaran ini terganggu oleh Sungai Rompin. Banjaran ini memanjang ke selatan sebagai bukit-bukit rendah di sepanjang tengah dan timur Johor dan sebagai bukit Mount Faber di Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas