SIMEN DAN KONKRIT | Simen dan konkrit adalah antara bahan binaan yang paling penting. Simen ialah serbuk halus, berwarna kelabu. Simen dicampurkan dengan air dan bahan seperti pasir, kelikir, dan batu hancur untuk membuat konkrit. Simen bersama air membentuk pes yang mengikat bahan-bahan lain semasa konkrit itu mengeras. Kita sering menyalahgunakan perkataan simen dan konkrit. Misalnya, kita mungkin bercakap tentang “turapan simen”, tetapi turapan itu sebenarnya dibuat daripada konkrit. | UMUM | |
KONKRIT | Konkrit lihat Simen dan konkrit. | UMUM | |
EMPANGAN DNEPROGES | Empangan Dneproges, empangan konkrit yang besar di Ukraine, terletak 320 kilometer dari muara Sungai Dnepr. Empangan ini membekalkan kuasa hidroelektrik bagi kebanyakan lombong dan industri di republik itu. | UMUM | |
SIMEN PORTLAND | Simen Portland lihat Simen dan konkrit | UMUM | |
EMPANGAN GRAND COULEE | Empangan Grand Coulee ialah empangan konkrit dan sumber kuasa air tunggal yang terbesar di Amerika Syarikat. | UMUM | |
KEKUBAH | Kekubah ialah bumbung atau siling yang melengkung. Kekubah paling biasanya dibuat daripada batu bata, konkrit, atau batu. Empat jenis utama kekubah adalah (1) kekubah terowong, (2) kekubah groin, (3) kekubah tetulang, (4) kubah. | UMUM | |
TANGE, KENZO | Tange, Kenzo (1913–2005) ialah arkitek Jepun. Usahanya menggabungkan sistem bangunan moden daripada kaca dan konkrit dengan gaya tradisional Jepun. Dia terkenal kerana bangunan Peace Hall yang dibina di tapak letupan bom atom di Hiroshima, Jepun. | UMUM | |
AKUEDUK | Akueduk ialah terusan untuk mengalirkan air ke tempat lain. Bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan akueduk, mungkin batu, konkrit, besi tuang, keluli atau papan. | UMUM | |
KAHN, LOUIS ISADORE | Kahn, Louis Isadore (1901–1974) ialah arkitek dan guru Amerika yang terulung. Dia menjadi terkenal kerana kemahirannya menggunakan konkrit dan bata. | UMUM | |
EMPANGAN | Empangan ialah sekatan yang diletakkan merentangi sungai untuk menyekat arus air. Saiz empangan berbeza-beza daripada empangan tanah yang kecil atau ketulan batu-batan kepada struktur konkrit yang setinggi pencakar langit. | UMUM | |