MATA SYAITAN | Mata syaitan kononnya ialah kuasa yang dimiliki oleh seseorang yang boleh mengancam orang lain, atau hartanya, hanya dengan renungannya. | UMUM | |
PAPAN OUIJA | Papan Ouija ialah peranti yang kononnya digunakan untuk bertanya kepada roh si mati dan menerima jawapan daripadanya. | UMUM | |
ASTROLOGI | Astrologi ialah kajian bagaimana matahari, bulan, planet dan bintang kononnya berkaitan dengan kehidupan dan kejadian di bumi. Ia berdasarkan kepercayaan bahawa cakerawala membentuk pola yang boleh menggambarkan watak atau masa depan seseorang. Kebanyakan orang di seluruh dunia percaya pada astrologi. Mereka mendasarkan keputusan penting atas nasihat ahli astrologi (orang yang menilik nasib dengan mengkaji bintang). Orang lain mengatakan bahawa astrologi tidak mempunyai asas saintifik. Astrologi berbeza daripada astronomi. Astrologi berkembang daripada satu set prinsip yang berasal lebih 2000 tahun dahulu. | UMUM | |
PARAPSIKOLOGI | Parapsikologi ialah kajian saintifik tentang sesuatu fenomena yang kononnya berlaku, tetapi tidak wujud menurut andaian sains semasa. | UMUM | |
PRESTER JOHN | Prester John (atau Presbyter John ) ialah paderi dan raja Kristian yang sudah menjadi legenda. Dia kononnya hidup pada tahun 1100-an. | UMUM | |
AENEAS | Aeneas ialah wira Trojan dalam mitologi Yunani dan Rom. Orang Rom percaya bahawa Aeneas berketurunan Remus dan Romulus, kononnya penubuh Rom. Penyajak Rom Virgil mengagungkan keperwiraan Aeneas dalam puisi epik Aeneid. | UMUM | |
PONCE DE LEÓN, JUAN | Ponce de León, Juan (1474–1521) ialah penjelajah Sepanyol. Dia mengetuai ekspedisi Eropah yang pertama sampai ke Florida, Amerika Syarikat. Ponce de León menjelajahi banyak bahagian Florida dalam usahanya untuk mencari mata air khayalan yang dipanggil Fountain of Youth (Air Pancut Remaja). Mata air ini, kononnya, akan mengembalikan keremajaan seseorang itu apabila dia mandi di dalamnya atau meminum airnya. | UMUM | |
SALOMA | Saloma, (1935–1983), penyanyi, pelakon dan Biduan Negara Malaysia. Nama sebenarnya ialah Salmah binti Ismail. Minat Saloma dalam bidang seni bermula semenjak zaman persekolahan. Bintangnya menyerlah setelah dia mengambil bahagian dalam drama berjudul “Gadis Moden” dan beritanya ini telah mendapat tempat di muka depan akhbar Utusan Melayu . Pada masa itu usianya baru 13 tahun. Oleh sebab penglibatannya dalam bidang seni, terutamanya nyanyian sejak di bangku sekolah, kawan-kawannya selalu mengejek, kononnya dia akan menjadi orang wayang. Kesan ejekan itu menyebabkan Saloma tidak meneruskan persekolahannya. | UMUM | |
TARANTULA | Tarantula ialah nama biasa bagi mana-mana satu daripada sekumpulan labah-labah yang kebanyakannya besar, berbulu. Tarantula didapati dalam iklim panas di seluruh kawasan tropika. Sesetengah tarantula hidup lebih daripada 20 tahun. Tarantula mendapat namanya daripada labah-labah serigala yang besar yang terdapat di sekitar Taranto, di selatan Itali. Orang di kawasan ini pernah percaya bahawa gigitan labah-labah ini menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai tarantisme . Mangsa kononnya meloncat ke udara dan berlari-lari sambil mengeluarkan bunyi yang pelik. Mengikut kepercayaan karut ini, ubat yang terbaik adalah tarian rakyat Itali yang rancak, yang menjadi terkenal sebagai tarantella . | UMUM | |
PALANG | PALANG, penggunaan susuk zakar di kalangan masyarakat Dayak di Kepulauan Borneo. Palang melibatkan pembedahan pada zakar untuk memasang suatu alat yang kononnya meningkatkan rangsangan seksual di kalangan kaum wanita. Alat yang dipasang diperbuat daripada taring, buluh, kayu, logam atau tulang binatang. Zakar ditebuk seperti menebuk telinga, supaya sebatang pin atau susuk boleh dimasukkan ke dalam lubang yang telah ditebuk. Bahan-bahan lain termasuklah batu permata, kaca, biji, bulu pelepah dan bulu babi. Diameter bagi susuk ini biasanya antara 2 mm hingga 4 mm dan lebih kurang 21 mm hingga lebih 5 cm panjang. | BUDAYA | Ubat-Ubatan |