Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.ser.to] | کونسرتو

Definisi : (Muz) gubahan muzik yg menampil­kan persembahan pemain solo dgn iringan orkestra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konserto


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KONSERTO

Konserto ialah gubahan muzik yang dimainkan

oleh sebuah atau lebih daripada sebuah alat solo

dan orkestra.

UMUM 
SCARLATTI, DOMENICO

Scarlatti, Domenico (1685–1757), penggubah

Itali. Dia menjadi masyhur kerana sonatanya untuk

alat keyboard awal yang dikenali sebagai

hapsikord. Scarlatti menggubah hampir 550 sonata

hapsikord. Dia juga menulis opera, kantata,

konserto, dan fiug. Scarlatti sangat mempengaruhi

permainan keyboard yang terkemudian.

Gubahannya mungkin yang pertama memenuhi

teknik yang masih digunakan kini. Teknik ini

termasuk penyilangan tangan dengan kerap,

arpeggio (turutan pantas not dalam kord), dan

ulangan not dengan cepat.

UMUM 
SHOSTAKOVICH, DIMITRI

Shostakovich, Dimitri (1906–1975) ialah

penggubah Rusia yang paling penting. Pendidikan

muzik dan kerjayanya hanya di Kesatuan Soviet (lihat

Kesatuan Republik Sosialis Soviet). Karya utamanya

ialah 15 simfoni dan 15 kuartet alat tali. Dia juga

menulis konserto, lagu, nota muzik filem, balet, dan

opera. Gubahannya yang paling popular termasuk

“Polka” yang rancak daripada balet The Golden Age

(1930).

UMUM 

Kembali ke atas