Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.tras] | کونترس

Definisi : 1. perbezaan (warna, bunyi, dll) yg sangat nyata, pertentangan (sifat dll): ada dramatis yg memulakan dramanya langsung mempertentangkan watak-wataknya sehingga ~nya terasa begitu dalam jurangnya; 2. memperlihatkan perbezaan yg sangat nyata, memperlihatkan pertentangan; berkontras menunjukkan kontras; mengkontraskan memperlihatkan kontras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kontras


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SONATA

Sonata ialah gubahan instrumental yang

mengandungi beberapa pergerakan. Sesebuah

sonata mempunyai kontras tempo dan kekunci,

tetapi pergerakannya adalah berkaitan antara satu

sama lain dari segi pemikiran. Sonata yang digubah

selepas pertengahan tahun 1700-an mengandungi

tiga atau empat pergerakan. Sonata klasik biasa

bermula dengan alegro yang hebat (pergerakan

rancak). Pergerakan kedua perlahan, berirama, dan

berlirik. Pergerakan ketiga yang hanya merupakan

pilihan, biasanya ringan dan lemah gemalai, dan

mungkin dalam bentuk tarian atau scherzo

(gurauan). Pergerakan terakhir atau finale mengikut

rentak rancak dan riang. Lihat juga Muzik klasik

(Bentuk sonata).

UMUM 
SWEET WILLIAM

Sweet William ialah tumbuhan taman yang

popular yang berasal dari utara Eropah dan Asia.

Tumbuhan ini biasanya tumbuh lebih kurang 60

sentimeter tingginya dan mengeluarkan bunga bak

baldu bergugus-gugus bulat, padat. Bunganya

berwarna putih, samar, samar ros, atau ungu, dan

ia biasanya berlingkar-lingkar, atau bertitik-titik

dengan warna kontras. Tumbuhan ditanam

mungkin mengeluarkan bunga ganda. Pekebun

biasanya menanam sweet William sebagai

tumbuhan dwitahunan (tumbuhan yang

memerlukan dua tahun untuk matang).

UMUM 

Kembali ke atas