KONTROVERSI LAUT BERING | Kontroversi Laut Bering ialah pertelingkahan antara Amerika Syarikat dengan United Kingdom pada akhir tahun 1800-an. Pertelingkahan ini timbul apabila Amerika Syarikat menuntut kuasa ke atas Laut Bering bagi melindungi anjing laut yang diburu untuk mendapatkan bulunya. | UMUM | |
ROBESPIERRE | Robespierre (1758–1794) ialah pemimpin Revolusi Perancis (1789–1799) yang paling terkenal dan penuh kontroversi. Robespierre (1758–1794) ialah pemimpin Revolusi Perancis (1789–1799) yang paling terkenal dan penuh kontroversi. Atas nama demokrasi, dia membantu mewujudkan Zaman Kezaliman, iaitu beribu-ribu orang dibunuh kerana disyaki sebagai penentang revolusi. Robespierre sendiri ditakdirkan menemui ajal menerusi cara yang sama. | UMUM | |
SADE, MARQUIS DE | Sade, Marquis de (1740–1814) ialah penulis novel dan penulis esei Perancis yang kontroversi. Kini, ramai orang menganggap Sade sebagai gila manakala karyanya menjelikkan. Tetapi ada pula yang menganggapnya sebagai seorang penulis yang kadangkala bijak dengan gaya menarik dan meyakinkan. | UMUM | |
PERISTIWA XYZ | Peristiwa XYZ ialah nama yang diberikan kepada satu pertukaran usul diplomatik yang kontroversi antara Perancis dengan Amerika Syarikat pada tahun 1797. Ketiga-tiga orang ejen Perancis yang terlibat dikenali sebagai X, Y dan Z. | UMUM | |
PERISTIWA PETROV | Peristiwa Petrov ialah peristiwa yang dinamakan sempena nama Vladimir Petrov (? – 1991), yang mencetuskan satu kontroversi getir di Australia . Ia bermula pada tahun 1954, apabila Perdana Menteri Robert Menzies mengumumkan bahawa Petrov, seorang pegawai di Kedutaan Soviet di Canberra, Victoria telah memohon untuk mendapatkan suaka politik di Australia. Menzies menyatakan Petrov telah mendedahkan wujudnya suatu kumpulan pengintip Soviet di Australia. | UMUM | |
EJAAN DAN TULISAN RENCONG | EJAAN DAN TULISAN RENCONG, sistem ejaan dan tulisan asli peribumi Asia Tenggara. Tulisan ini masih kontroversi dari segi tempat asal dan namanya. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini berasal daripada tulisan India, iaitu daripada tulisan Devanagari atau Pallava yang diubahsuai, sehingga membentuk satu jenis tulisan baharu yang berlainan daripada tulisan yang asal. Terdapat juga pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini ialah tulisan asli peribumi Asia Tenggara, bukan pinjaman daripada tulisan India.
| BAHASA | Bahasa |
SITWELL, DAME EDITH | Sitwell, Dame Edith (1887–1964) ialah pemuisi, pengkritik dan penulis biografi Inggeris. Dia menjadi salah seorang sasterawan yang paling kontroversi pada zamannya kerana puisi eksperimennya yang biasanya kabur dan gaya hidupnya yang ganjil. Sitwell terkenal kerana pakaiannya yang menarik perhatian, antaranya topinya yang luar biasa, jubah Zaman Pertengahan, dan barang kemas yang sangat besar saiznya. | UMUM | |
MCCARTHY, JOSEPH RAYMOND | McCarthy, Joseph Raymond (1908–1957) ialah senator Republikan Amerika Syarikat yang kontroversi dari Washington. | UMUM | |
POUND, EZRA LOOMIS | Pound, Ezra Loomis (1885–1972) ialah penyair dan pengkritik Amerika Syarikat. Dia merupakan salah seorang daripada tokoh kesusasteraan yang paling berpengaruh dan kontroversi pada zamannya. Peminat Pound menganggap Cantos, iaitu karyanya, sebagai puisi panjang yang paling penting dalam kesusasteraan moden, manakala pengkritiknya pula menganggap Cantos sebagai karya yang mengelirukan dan penuh dengan niat jahat. | UMUM | |
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA AMERIKA | Pertubuhan Negara-negara Amerika (Organization of American States (OAS)) ialah persatuan 35 buah negara Amerika. OAS bertujuan menyediakan pertahanan diri secara kolektif, kerjasama kedaerahan dan penyelesaian kontroversi secara aman. Prinsip yang dijadikan panduan oleh kumpulan ini termasuk kepercayaan kepada nilai undang-undang antarabangsa, keadilan sosial, kerjasama ekonomi, dan kesamaan hak bagi semua penduduk. Piagam OAS juga menyatakan bahawa tindakan serangan terhadap satu negara Amerika dianggap sebagai tindakan serangan terhadap semua negara. | UMUM | |