Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.or.di.na.si] | کوءورديناسي

Definisi : saling hubungan (yg dapat melicin­kan perjalanan sesuatu), jalinan pertalian (tindakan, gerakan, dsb) antara bahagian­-bahagian dll yg terlibat (dlm kegiatan dll), penyelarasan: ia banyak memerlukan ~ antara berbagai-bagai pihak spt penganjur, penyanyi dan orang ramai; mengkoordinasi menyelaraskan sesuatu (aktiviti, tindakan, fungsi, dsb): Kementerian Perusahaan Awam ditubuhkan utk ~ fungsi beberapa agensi yg beroperasi di bawahnya; terkoordinasi telah (atau dapat) dikoor­dinasi: keadaan apabila pelbagai sistem fisiologi pd si mati tidak lagi dapat berfungsi sbg satu unit yg ~ dan bermakna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.or.di.na.si] | کوءورديناسي

Definisi : jalinan pertalian, tindakan dsb antara bahagian atau unsur yg terlibat dlm sesuatu kegiatan, usaha dll yg menyebabkannya berjalan lancar dan berkesan: Utk memastikan kelancaran projek itu, ~ antara berbagai-bagai pihak yg terlibat amatlah diperlukan. berkoordinasi melakukan koordinasi agar bahagian atau unsur yg terlibat dlm sesuatu kegiatan, usaha dll berjalan lancar dan berkesan: Mereka ~ dgn pejabat cawangan agar masalah itu dpt diatasi segera. mengkoordinasi mengatur atau melakukan sesuatu agar yg diusahakan berjalan lancar dan berkesan: Pihak pengurusan sedang ~ kursus kemahiran utk kakitangan baru. terkoordinasi dpt atau sudah dikoordinasi (bkn sesuatu kegiatan, usaha dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koordinasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ATAKSIA

Ataksia ialah ketiadaan koordinasi pada otot.

Ketiadaan ini merupakan simptom kerosakan pada

bahagian sistem saraf pusat. Ataksia lokomotor

melibatkan ketiadaan imbangan atau keseimbangan.

Penghidap ataksia lokomotor harus berdiri di tapak

yang lebar dengan mata terbuka. Jika tidak berbuat

demikian, dia akan bergoyang-goyang malah akan

rebah. Goyangan itu akan bertambah kuat jika dia

memejamkan matanya.

UMUM 
BKKNI,BKKNI, organisasi kesenian Indonesia.  BKKNI ialah singaktan bagi Badan Koordinasi Kesenian Nasional Indonesia, BKKNI ditubuhkan pada 18 Februari 1977 di Surabaya, tetapi pusat kegiatan organisasi ini di Jakarta.SASTERAInstitusi/Organisasi
Waktu Min Greenwich

Min waktu solar yang dilihat di Royal Observatory Greenwich yang terletak di London, England. Namun penggunaannya merujuk kepada Koordinasi Masa Sejagat (Coordinated Universal Time – UTC) di mana ia telah dijadikan waktu zon bagi seluruh dunia.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIKaedah

Kembali ke atas