Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air kopi yg tidak bersusu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air kopi yg tidak bersusu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kopi O


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LUWU

LUWU, salah sebuah kabupaten di Propinsi Sulawesi Selatan. Luwu terletak di ceruk Teluk Bone yang memisahkan semenanjung selatan daripada semenanjung tenggara Pulau Sulawesi, dengan Propinsi Sulawesi Tengah di bahagian utara. Ibu kotanya ialah Palopo yang terletak di lingkungan sebelah utara pantai Teluk Bone. Luas kabupaten Luwu ialah 17 277 km persegi dengan penduduk lebih kurang 400 000 orang. Kebanyakan penduduknya orang Bugis dan Toraja. Luwu merupakan kabupaten yang terluas di Sulawesi Selatan dan hutannya menghasilkan kayu, rotan dan damar. Sementara tanaman utamanya ialah kopi, kelapa sawit, sagu, dan padi.<o:p>o:p>

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SERIBU KUNANG-KUNANG DI MANHATTAN

SERIBU KUNANG-KUNANG DI MANHATTAN, kumpulan cerpen Umar Kayam.  Kumpulan cerpen ini diterbitkan pada tahun 1972 oleh Pustaka Jaya, Jakarta.  Kumpulan ini mengandungi enam cerpen iaitu “Seribu Kunang-Kunang di Manhattan”, “Isteriku, Madame Schlitz dan Sang Raksasa”, “Sybil”, “Secangkir Kopi dan Sepotong Donat”, “Chief Sitting Bull” dan “There Goes Tatum”.o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" /><o:p>o:p>

SASTERAKarya
HAJI MISKIN

HAJI MISKIN (    ?    -    ?    ), ulama dan pelopor gerakan Wahhabbi atau kaum muda di Minangkabau pada awal abad ke-19. Tarikh lahir dan meninggalnya tidak diketahui. Haji Miskin belajar agama sehigga empat tahun daripada Tuanku Nan Tua di Batutebal Agam dan kemudian meneruskan pengajian di Makkah. Sekembalinya dari Makkah pada tahun 1803, dia menetap di kampungnya, Pandai Sikek, kawasan penanaman kopi di kaki gunung Singgalang.o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" /><o:p>o:p>

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TAJAK

TAJAK, alat pertanian untuk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah.  Alat ini terdiri daripada mata tajak yang diperbuat daripada besi yang berbentuk tirus, tajam di bahagian hadapannya; dan pemegang atau hulunya yang diperbuat daripada kayu bulat.  Biasanya hulu diperbuat daripada kayu yang keras dan boleh tahan lama, misalnya kayu cingam, halban dan kopi.  Panjangnya lebih kurang 10 cm hingga 15 cm.  Kayu yang dipilih tidak terlalu lurus, tetapi melengkung sedikit untuk membolehkan tajak digunakan dengan mudah.o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" /><o:p>o:p>

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas