Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kod] | کود

Definisi : (Kej) wayar bertebat yg menyambungkan peralatan elektrik dgn punca bekalan elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kod] | کود

Definisi : ist wayar bertebat yg menyambungkan peralatan elektrik dgn punca bekalan elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kord


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KORD

Kord ialah suatu unit untuk mengukur longgokan

kayu api.

UMUM 
TALI PINTAL

Tali pintal ialah kord yang tahan lasak yang

diperbuat daripada utas serat daun yang kuat,

selalunya daripada pokok sisal atau henekuen .

Utas ini dicampur dengan abaka untuk membuat

gentian manila. Tali pintal dibuat dengan menarik

serat hingga menjadi sliver, yang akan disikat dan

dipintal menjadi tali. Tali adalah lebih halus

daripada kord dan lebih tebal daripada benang.

Lihat juga Abaka; Sisal.

UMUM 
MAKRAMI

Makrami ialah seni atau teknik untuk membuat

barangan dan praktikal hiasan dengan

menyimpulkan tali, kord atau benang besar. Hasil

seni ini boleh digunakan untuk membuat pakaian,

tali pinggang dan dompet dan juga arca, hiasan

gantung di dinding serta barangan perhiasan lain.

UMUM 
NYANYIAN KUARTET KEDAI GUNTING RAMBUT

Nyanyian kuartet kedai gunting rambut

merupakan gaya harmoni menggunakan empat

suara. Dalam muzik kedai gunting rambut, empat

suara menghasilkan kord empat bahagian yang

sempurna pada hampir setiap not. Penyanyi

kumpulan biasanya menyanyikan a cappella (tanpa

iringan alat muzik).

UMUM 
TALI

Tali diperbuat daripada lembar benang atau

dawai yang dipintal bersama. Saiznya adalah antara

4.8 milimeter hingga melebihi 152 milimeter

mengikut ukuran diameternya. Tali yang berukuran

kurang daripada 4.8 milimeter tebal dikenali

sebagai tali pintal atau kord. Tali-temali ialah

istilah umum bagi tali, tali pintal atau kord yang

diperbuat daripada lembar benang.

UMUM 
AMPHIOXUS

Amphioxus juga dinamakan lanselet ialah

haiwan laut yang kecil yang hidup di dalam air

cetek. Ia merupakan hubungan antara vertebrat

dengan invertebrat. Amphioxus tidak mempunyai

otak yang jelas, tetapi mempunyai kord saraf yang

terdapat di sepanjang belakangnya yang seperti

saraf tunjang haiwan yang mempunyai tulang

belakang.

UMUM 
SCARLATTI, DOMENICO

Scarlatti, Domenico (1685–1757), penggubah

Itali. Dia menjadi masyhur kerana sonatanya untuk

alat keyboard awal yang dikenali sebagai

hapsikord. Scarlatti menggubah hampir 550 sonata

hapsikord. Dia juga menulis opera, kantata,

konserto, dan fiug. Scarlatti sangat mempengaruhi

permainan keyboard yang terkemudian.

Gubahannya mungkin yang pertama memenuhi

teknik yang masih digunakan kini. Teknik ini

termasuk penyilangan tangan dengan kerap,

arpeggio (turutan pantas not dalam kord), dan

ulangan not dengan cepat.

UMUM 

Kembali ke atas