Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ré.la.si] | کوريلاسي

Definisi : (korélasi) hubungan atau kaitan secara timbal balik, hubung kait: terdapat ~ antara pengetahuan sains dgn kepercayaan agama; berkorelasi mempunyai hubungan atau kaitan antara satu sama lain, berhubung kait: kedua-dua isu itu tidak ~ sama sekali; mengkorelasikan menghubungkan atau mengaitkan perkara, isu dsb antara satu sama lain, menghubungkaitkan: ahli kaji serangga dapat ~ penyebaran dgn ekologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata korelasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALIRAN PELBAGAI FASAMisalnya dalam proses pengeluaran gas, walaupun nisbah gas terhadap cecair adalah tinggi, kewujudan cecair walaupun sedikit, boleh memberi kesan yang tinggi kepada fenomena aliran di dalam paip.  Dalam industri kimia pula, aliran pelbagai fasa yang terdapat di dalam peranti yang menjana stim dan sistem paip di dalam reaktor nuklear juga mengalami proses pemindahan haba.  Keadaan ini menyulitkan lagi analisisnya.  Haba yang diterima akan mengubah pecahan gas dan cecair dalam aliran pelbagai fasa tersebut.  Dengan pemanasan, komposisi bendalir akan terus berubah.  Pengaruh pemindahan haba terhadap aliran pelbagai fasa juga boleh menyebabkan sebahagian bendalir membeku.     Masalah aliran pelbagai fasa amat kompleks keadaannya.  Banyak pengetahuan banyak persamaan korelasi yang telah diolah....rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep

Kembali ke atas