Kes Chamberlain yang melibatkan kehilangan seorang bayi perempuan Australia berumur sembilan minggu pada tahun 1980-an, telah menarik perhatian seluruh dunia. Pada 17 Ogos 1980, Azaria Chamberlain, anak perempuan Alice Lynne (Lindy) Chamberlain dan suaminya, Michael, seorang Pastor Gereja The Seventh Day Adventist, telah hilang dari sebuah khemah di Ayers Rock, Australia. Dalam satu inkues pada bulan Februari 1981, koroner memutuskan bahawa bayi itu, yang tidak pernah dijumpai, telah mati apabila diterkam dan dibawa lari oleh seekor dingo liar. |