Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kor.po.rat] | کورڤورت

Definisi : berkaitan dgn syarikat atau per­badanan: yg meminta-minta potongan cukai ~ ialah firma-firma besar; hanya menerusi badan ~ spt LUTH, ASN, yg membolehkan perkembangan ekonomi umat Islam teguh; imej ~; matlamat ~; mengkorporatkan menukarkan sesebuah organisasi kerajaan menjadi perbadanan atau syarikat: proses ~ perniagaan bumiputera di bawah Dasar Pembangunan Nasional; pengkorporatan perihal (proses, tindakan dsb) mengkorporatkan sesebuah organisasi, institusi dsb: ~ beberapa agensi kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kor.po.rat] | کورڤورت

Definisi : berkaitan dgn syarikat (besar) atau perbadanan: imej ~. mengkorporatkan membentuk sesebuah syarikat (besar) atau perbadanan sbg badan korporat yg sah di sisi undang-undang: Proses utk ~ syarikat tsb masih dlm perancangan. pengkorporatan perihal atau proses mengkorporatkan: ~ beberapa agensi kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata korporat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
YAHAYA AHMADTokoh korporatEKONOMI DAN PENGURUSANTokoh
TRUMP, DONALD JOHNTokoh korporatEKONOMI DAN PENGURUSANTokoh
SYED MOKHTAR AL-BUKHARITokoh korporatEKONOMI DAN PENGURUSANTokoh
AZMAN HASHIM, TAN SRI

Azman Hashim, Tan Sri (1939– ), tokoh

korporat terkenal di Malaysia dalam bidang

perniagaan melalui entiti perniagaan yang

dimilikinya iaitu Arab-Malaysian Merchant Bank

dan Arab-Malaysian Corporation (AMCORP).

UMUM 
RASHDAN BABA, TAN SRI

pentadbir akademik dan tokoh korporat

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
REUTERS

Reuters ialah salah satu daripada agensi

pengumpulan berita yang terbesar di dunia. Ia

memberi khidmat kepada lebih daripada 150 buah

negara dan mempunyai biro dalam kira-kira 100

buah negara. Reuters juga menyediakan maklumat

kewangan kepada bank, broker dan syarikatsyarikat

korporat. Kepentingan mengawal dalam

perkhidmatan berita ini dipegang oleh akhbar dari

beberapa buah negara, termasuk Great Britain,

Ireland, Australia dan New Zealand.

UMUM 
SALEHA MOHD. ALI, DATO' PADUKA

SALEHA MOHD. ALI, Dato’ Paduka (1923 -      ), tokoh kebajikan dan korporat.  Dia lahir pada 29 Januari 1923 di Kelang, Selangor.  Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Kelang.  Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di St. Mary’s Girls School, Kuala Lumpur.  Pada tahun 1946, Saleha meneruskan pengajiannya di London School of Economics dan memperoleh diploma dalam bidang Ekonomi dan Sains Kemasyarakatan.  Dia adalah antara anak Melayu terawal yang berjaya dihantar belajar di luar negara.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
M. NOOR AZAM

M. NOOR AZAM, Dato’ (1933-     ), tokoh korporat dan penulis. Dia lahir pada 7 Mac 1933 di Kampung Belukar, Jitra, Kedah. Nama sebenarnya ialah Mohd. Noor bin Haji Yusof. Dia juga menggunakan nama pena seperti Musa Jalil, Nuri Kedah, Pengeran Derma, Wartawan dan M.N.A.

SASTERATokoh
YAHYA AHMAD, TAN SRIYAHYA AHMAD, Tan Sri (1947-1997), ahli korporat. Dia lahir di Dungun, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya sebelum melanjutkan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga tahun 1966.  Semasa di bangku sekolah, dia aktif dalam sukan ragbi dan pasukan kadet.  Yahaya pernah mengajar di Sekolah Bukit Besi, Dungun sebelum melanjutkan pelajarannya di Loughborough College, England, pada tahun 1967. Dia mengambil jurusan kejuruteraan automotif dan lulus pada tahun 1970.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LAMBANG DEWAN

LAMBANG DEWAN, lambang korporat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Lambang Dewan dilukis oleh Mohd. Hoessien Enas  pada tahun 1957. Idea untuk mewujudkan Lambang Dewan adalah gabungan ilham Tun Syed Nasir Ismail, Pengarah DBP (1957-1969) dan Tuan Haji Abdul Samad Ahmad, Pengarang DBP (1957-1969). Lambang Dewan terdiri daripada unsur daun lontar yang bertangkaikan mata pena. Daun lontar ini pula diapit kiri kanan oleh daun resam yang pangkalnya juga berbentuk mata pena. Kedua-dua pangkal lambang tersebut diikat oleh lakar buku yang membawa nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keempat-empat unsur yang membina reka bentuk Lambang Dewan ini mempunyai pengertian khusus yang mendukung dan melambangkan tugas DBP.

BUDAYAKonsep
12

Kembali ke atas