PERANCANGAN KORPUS BAHASA MELAYU | PERANCANGAN KORPUS BAHASA MELAYU, usaha merancang dan menyelaras ejaan, sebutan, imbuhan, perkataan, tatabahasa, istilah dan kamus untuk bahasa. Perancangan korpus bahasa Melayu bermula sejak adanya individu berusaha membina ejaan, tatabahasa dan menyusun kamus serta istilah untuk bahasa Melayu. | BAHASA | Bahasa |
TABUNG AMANAH | Tabung amanah ialah wang atau harta yang diurus oleh seseorang atau kumpulan bagi faedah orang lain atau kumpulan lain. Istilah lain untuk tabung amanah termasuk korpus , prinsipal, dan harta pesaka amanah . Pengaturan di bawah pengurusan tabung amanah dikenali sebagai amanah . | UMUM | |
KAMUS DEWAN | KAMUS DEWAN, kamus ekabahasa bahasa Melayu yang mula diusahakan pada tahun 1963 dan diterbitkan pada tahun 1970 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kamus Dewan merupakan salah satu korpus bahasa yang penting yang dapat memaparkan perkembangan sesuatu bahasa, khususnya dari segi ejaan, sebutan, bentuk dan jenis kata, semantik, pragmatik, stilistik, dan sebagainya. Kamus ini dijangka dapat menjadi dokumen penting yang mencatatkan pelbagai aspek perkembangan bahasa Melayu moden, khususnya antara tahun 1950-an sehingga tahun 1970. Pengguna sasaran kamus ini ialah pengkaji atau penyelidik bahasa Melayu serta pembaca umum di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, dan juga sesiapa yang berminat untuk mengkaji perkembangan bahasa Melayu. | BAHASA | Penerbitan |
PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU | PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU, usaha mendaulatkan bahasa Melayu. Apabila kita mengambil tindakan secara bersendirian atau berkelompok untuk menjadikan suatu bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi sesebuah negara, atau mengenakan syarat-syarat kepada masyarakat supaya menggunakan suatu bahasa, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan taraf bahasa. Sebaliknya, apabila kita menjalankan usaha untuk membentuk atau menyelaraskan ejaan, sebutan, imbuhan, perkataan, istilah, tatabahasa dan menyusun dan menyelaraskan makna perkataan serta penggunaannya, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan bahan atau korpus bahasa. | BAHASA | Bahasa |