Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kos.mik] | کوسميک

Definisi : 1. yg berkaitan dgn alam semesta; 2. terdapat di atau berasal dr angkasa lepas; cahaya (sinar) ~ cahaya yg sampai ke dunia dr angkasa lepas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kosmik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINAR KOSMIK

Sinar kosmik ialah zarah bertenaga tinggi

yang berasal dari angkasa lepas. Ahli sains

berpendapat sinar ini memenuhi Bima Sakti dan

juga galaksi lain. Sinar kosmik terdiri daripada

zarah subatom yang membawa satu cas elektrik,

seperti proton, elektron, dan nukleus atom.

Di angkasa lepas, sinar ini bergerak pada

kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan

cahaya, iaitu 299 792 kilometer per saat.

UMUM 
ANDERSON, CARL DAVID

Anderson, Carl David (1905–1991) ialah ahli

fizik Amerika yang menemui dua partikel

subatomik – positron dan muon . Dia mengenal

pasti partikel-partikel ini semasa mengkaji sinaran

kosmik dengan bantuan bilik awan Wilson (lihat

Sinar kosmik) . Bagi penemuan positron, Anderson

berkongsi Hadiah Nobel tahun 1936 bagi kategori

fizik dengan Victor F. Hess.

UMUM 
MILLIKAN, ROBERT ANDREWS

Millikan, Robert Andrews (1868–1953), ahli

fizik Amerika, yang menjadi salah seorang ahli sains

Amerika Syarikat yang paling dikenali ramai. Dia

terkenal kerana ukuran cas elektrik yang dibawa

oleh elektron, dan kerana sumbangannya terhadap

penyelidik sinar kosmik.

UMUM 
TIUB FOTOPENDARAB

Tiub fotopendarab ialah suatu pengesan

cahaya elektronik yang amat sensitif. Kebanyakan

tiub fotopendarab lebih sensitif kepada cahaya

berbanding mata manusia, dan digunakan untuk

mengukur keamatan cahaya yang terlalu lemah.

Misalnya, ahli fizik menggunakannya dalam

pembilang kelipan untuk menyukat cahaya yang

dikeluarkan oleh sinar kosmik, zarah nuklear, sinar

gama, atau sinar-x. Lihat Sinaran [Pembilang

kelipan].

UMUM 

Kembali ke atas