KOSMOS | Kosmos, dalam bidang fizik dan astronomi, ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada apa-apa sahaja yang wujud, daripada atom yang paling kecil hingga kepada jasad samawi yang paling jauh | UMUM | |
ANJAKAN MERAH | Anjakan merah ialah anjakan jarak gelombang cahaya yang dipancarkan oleh objek kosmos ke arah jarak gelombang yang lebih panjang (merah) pada spektrum objek tersebut. | UMUM | |
TEILHARD DE CHARDIN, PIERRE | Teilhard de Chardin, Pierre (1881–1955) ialah ahli paleontologi (pakar dalam fosil) Perancis. Dia membantu menemui manusia Peking, salah satu jenis manusia terawal. Walau bagaimanapun, kemasyhuran Teilhard yang utama terletak pada teorinya tentang penyatuan evolusi kosmos dan agama Kristian. | UMUM | |