KOTA TAMPAN | KOTA TAMPAN, tapak arkeologi yang tertua di Semenanjung Malaysia berusia 30 000 hingga 34 000 tahun. Kota Tampan terletak lebih kurang 5 km dari pekan Lenggong, Perak. Kawasan yang luas ini merangkumi Kampung Kota Tampan, Air, Bukit Kota Tampan, Kampung Baru Kota Tampan, Ladang Kota Tampan dan Kampung Kota Tampan. Sebelum penemuan Kota Tampan, prasejarah di Semenanjung Malaysia hanya menjangkau 6000 tahun dahulu, iaitu tapak Gua Cha di Kelantan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KOTA KINABALU | Kota Kinabalu (pend. 56 000), ibu negeri Sabah. Ia merupakan salah sebuah bandar yang besar dan terkenal di Borneo. Kota Kinabalu terletak dalam Residensi Pantai Barat Sabah. Pada masa dahulu, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton. Pada tahun 1967, bandar Jesselton ditukar nama kepada Kota Kinabalu. | UMUM | |
NEGARA KOTA | Negara kota ialah sebuah negeri yang merdeka atau hampir merdeka yang aktiviti politik dan budaya dilaksanakan dalam satu pusat bandar. Negara kota sering diperintah oleh seorang raja, diktator atau sekumpulan kecil penduduk yang berkuasa. Dalam sesetengah hal, kehidupan politik dikuasai oleh penghuni bandar. Penduduk bandar dan luar bandar mempunyai kuasa politik. | UMUM | |
MASJID MUHAMMADI KOTA BHARU | Masjid Muhammadi Kota Bharu, masjid negeri Kelantan. Nama lamanya ialah Masjid Besar Kota Bharu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
KOTA KUALA MUDA | KOTA KUALA MUDA, kota yang pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Kedah. Kota ini terletak di pekan Kuala Muda berhampiran dengan Sungai Mas dan Kuala sungai Muda. Kota ini dikatakan dibina pada abad ke-17. Satu hipotesis dapat diandaikan bahasa Kota Kuala Muda dibina oleh Sultan Mohammad Jiwa (1710-1760). Kota Kuala Muda dibina sebagai pusat perniagaan dan pintu keselamatan di bahagian selatan negeri Kedah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KOTA JELASIN | KOTA JELASIN, salah sebuah ibu negeri Kelantan pada zaman silam. Mengikut sejarah tempatan, Kota Jelasin telah dibina oleh Raja Abdullah dan permaisurinya Puteri Sa’adong atas titah Che Siti Wan Kembang, raja yang memerintah Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong, sebuah negeri di Kelantan dengan ibu negerinya di Chetok yang terletak dalam jajahan Pasir Mas sekarang. Kota Jelasin dibina sekitar tahun 1633 sempena pelantikan Raja Abdullah dan Puteri Sa’adong sebagai raja pemerintah. Sumber tempatan lain pula menyebut Puteri Sa’adong telah dilantik oleh Che Siti Wan kembang menjadi raja di Kota Jelasin pada tahun 1677. Manakala sebuah sumber tempatan lain menyebut, setelah Raja Abdullah berkahwin dengan Puteri Sa’adong, baginda telah dilantik sebagai raja negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga dengan gelaran Sultan Abdullah dan kemudian baginda telah membina Kota Jelasin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MILETUS | Miletus ialah salah sebuah kota Yunani purba yang paling besar. Kota ini terletak di sebelah pantai barat Asia Kecil di daerah Ionia (lihat Yunani Purba [peta]). Pelabuhan Miletus yang terkenal menjadikan kota ini sebuah pusat perdagangan yang penting. Pada tahun 700-an dan 600-an S.M, kolonis dari Miletus menduduki sepanjang pantai Hellespont (terusan yang kini dikenal sebagai Dardanelles) dan Laut Hitam. Kira-kira pada tahun 600 S.M., ahli falsafah Yunani yang bernama Thales telah mengasaskan Milesia, sekolah falsafah yang terkemuka. | UMUM | |
KOTA BELANDA | KOTA BELANDA, kota yang dibina oleh Belanda bagi mengatasi masalah gangguan lanun di sekitar Lumut. Kota ini terletak di Pulau Pangkor, Perak dan dibina pada tahun 1670. Kota Belanda berukuran 3.5m persegi dan tingginya 6.7 m dan diperbuat daripada kayu. Pada tahun 1680, kota kayu ini digantikan dengan batu-bata. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KOTA KUBANG LABU | KOTA KUBANG LABU, salah sebuah kota terawal yang dibuka di Kelantan dan menjadi pusat pentadbiran negeri itu pada masa pemerintahan Tuan Sulung sekitar tahun 1702. Nama kota ini dipercayai bersesuaian dengan adanya sebuah kubang yang besar dan di tebingnya ditanam pokok labu. Pada tahun 1980-an, kubang ini masih boleh dikesan walaupun airnya sudah kering kecuali pada musim banjir. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
ISTANA KOTA WINDSOR | | UMUM | |